Pensyarah kualiti rendah tak perlu dibawa masuk – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pihak universiti seharusnya tidak mengundang pensyarah berkualiti rendah sebagai pensyarah pelawat.

“Pensyarah berkualiti rendah tidak perlu dibawa masuk sebagai pensyarah pelawat pada mulanya.

“Menteri Pendidikan Tinggi sudah menjawab (isu ini),” katanya di Sepang, lapor BH mengulas mengenai kenyataan kontroversi dibuat seorang profesor dipercayai pro-Israel, , Dr Bruce Gilley, ketika tampil sebagai penceramah jemputan Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.

Pada 9 April lalu, Institut Pengajian Cina UM mengeluarkan jemputan terbuka untuk seminar yang bertajuk “REASSESSING REPUBLICAN CHINA” yang menampilkan Gilley pada 25 April 2024.

Pada 16 April lalu, Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik mengumumkan program Visiting Professor Program 2024 (Program Profesor Pelawat 2024) dimana Gilley dijemput untuk menyampaikan syarahan dan mengendalikan bengkel selama tiga hari mulai 22 sehingga 24 April lalu.

Pada hari kedua iaitu 23 April, ketika menyampaikan syarahan yang bertajuk “Will Malaysia Become an Active Middle Power?” Bruce mengeluarkan kenyataan berbunyi “A country whose political leaders advocate a second Holocaust against the Jewish people will never be a serious player in world affairs, and will certainly never be a friend or partner of the United States” ketika memberi syarahan.

Kenyataan itu kemudian dikongsikan semula menerusi ciapan di laman X milik peribadinya, yang menarik perhatian masyarakat Malaysia terutamanya mahasiswa UM.

Susulan insiden itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) turut mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial dibatalkan segera.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, dilaporkan berkata pihak kementerian mengambil maklum dan memandang serius berhubung isu yang berlaku itu.

“Susulan itu, saya sudah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah berkenaan dibatalkan segera.

“Saya turut meminta UM untuk menyiasat perkara ini dan melaporkan segera butiran lanjut,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Semalam pihak UM tampil memohon maaf kepada semua pihak sambil melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan kontroversi dibuat Gilley.

Pusat Komunikasi Korporat (CCC) UM dalam kenyataannya, berasa kesal dengan kenyataan kontroversi serta tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di laman media sosial.

Katanya, laporan lengkap berhubung isu ini sedang disediakan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati terbabit dengan isu ini.

“UM turut memandang serius perkara ini dan memohon maaf kepada semua pihak,” katanya dalam kenyataan semalam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat