Exco lapor SKMM gambar disalah guna dalam iklan pelaburan

- Advertisement -

SHAH ALAM – Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung akaun pelaburan menggunakan gambar dan namanya di aplikasi Telegram pada Jumaat.

Beliau berkata, laporan kepada SKMM itu dijangka dibuat pada Sabtu bagi mengelakkan lebih ramai terpedaya dengan pemilik akuan pelaburan berkenaan.

“Hari ini saya dimaklumkan sekali lagi tentang akaun ini oleh seorang kenalan dan saya buat keputusan untuk mesej sendiri scammer ini seolah-olah saya berminat menyertai skim tersebut.

“Sekali lagi, saya harap masyarakat di luar sana khususnya warga Kota Anggerik dan Shah Alam yang mengenali saya agar tidak terpedaya dengan akaun Telegram ini,” katanya menerusi aplikasi X pada Jumaat.

Mohd Najwan turut memuat naik iklan pelaburan berkenaan dan turut menyamar kononnya berminat menyertai skim pelaburan tersebut.

Menerusi perkongsian perbualan Mohd Najwan di aplikasi WhatsApp, pemilik akaun terbabit meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik itu terlebih dahulu mengisi borang disediakan sebelum masuk ke dalam kumpulan Telegram pelaburan tersebut.

Bagaimanapun, pemilik akaun terbabit tidak membalas WhatsApp sebaik Mohd Najwan berkongsi laporan media terhadap akaun tersebut.

“Saya harap semua berhati-hati dan jangan terpedaya dengan akaun Telegram palsu ini,” tambahnya.

Pada 19 Februari lalu, Mohd Najwan menafikan memiliki akaun Telegram yang menawarkan perkhidmatan skim pelaburan. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat