KJ nasihat Akmal ‘stand down’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh dinasihati oleh pendahulunya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar agar ‘stand down’ dalam gerakan kempen boikot KK Mart dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengadilinya bersandarkan undang-undang.

Khairy berkata, kempen boikot KK Mart ini agak ‘keras’ yang secara tidak langsung mengeruhkan hubungan baik Melayu dan Cina dalam negara majmuk seperti Malaysia.

“Ini adalah masanya untuk kita step back, to stand down.

“Stand down bukan bermaksud Pemuda Umno mengalah, Akmal.

“Ini nasihat daripada abang dulu bekas Ketua Pemuda, you proof your point. You done well tapi ini masanya untuk kamu stand down,” nasihat Khairy dalam audio siar Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Selasa.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda Umno memaklumkan bahawa pihak KK Mart sudah minta maaf dan proses undang-undang sedang berjalan.

“Apa yang Akmal buat ini di luar batas undang-undang dia gerakkan kempen boikot.

“Jadi di sini kita kena mengimbangi antara balasan yang setimpal berpandukan kepada semangat bahawa Islam itu penyayang walaupun dignify ada maruah tetapi compassionate dan juga kemaslahatan umum (public interest).

“Bukan hanya soal kemarahan orang Islam walaupun itu penting tapi public interest itu adalah hubungan antara orang Malaysia once you go down this road untuk boikot,” katanya.

Menjelaskan hujahnnya, kata Khairy jelaslah yang minta boikot ni Ketua Pemuda Umno signifikan hero Malaya yang minta diboikot ini adalah kedai yang dimilik oleh seorang peniaga berbangsa Cina jadi kita faham subteks dia apa dan bila kita keterlaluan dalam hal ini kemaslahatan umum iaitu hubungan yang baik antara kaum, hubungan yang baik antara Muslim dan bukan Muslim di Malaysia boleh terjejas

“Jadi sejauhmana kamu boleh pergi? Bagi saya satu siasatan dah dibuat, kemurkaan Agong tindakan mesti diambil itu polis yang buat
saya rasa kebijaksanaan Agong tidak minta supaya ada mop mentality kita pergi bakar kedai dan sebagainya.

“Akmal tak minta kedai dibakar tapi minta boikot – skala tindakan sampai apa? Tindakan undang-undang sedang diambil, Majlis Perbandaran Batu Pahat dah batalkan lesen kilang tersebut.

“Bukan saya nak meringankan kesalahan ini tapi daripada 800 cawangan hanya 13 cawangan sahaja ada tapi sebagai seorang Muslim saya faham kita kata waima satu pun stoking, kita marah – betullah tapi bukan di semua KK Mart ada.

“Sekarang adalah masa untuk kita take a step back. Ya, kita marah… kita marah, tindakan undang-undang sedang jalan, lesen dah batal, KK Chai dah jadi pegawai Jepun (tunduk mohon maaf) tapi kita kena ambil iktibar daripada kisah ini. Muslim kena step back,” nasihat Khairy lagi.

Ujar beliau, kita bagi nasihat kepada Akmal, “you make your point dan dalam hal ini saya tak salahkan Akmal kerana itu memang tugas dia sebagai Ketua Pemuda Umno”.

“Tetapi kalau boleh bila dah ada tindakan daripada polis, majlis perbandaran dan pejabat Peguam Negara ini adalah masanya untuk stand down.

“Saya rasa kita serah kepada pengguna Islam di Malaysia sama ada dia nak pergi KK Mart ke tidak, the point is proven already
tetapi saya risau perkara ini terbawa-bawa jadi sesuatu yang mengeruhkan lagi keadaan dengansubteks Muslim tak happy, ini perniagaan Cina

“Chinese tone deaf kepada orang Islam takkanlah tak buat kawalan kualiti tengok produk kamu yang datang dari kilang di Batu Pahat
naratif orang Melayu Cina tone deaf kepada orang Melayu dan orang Cina akan naratif Melayu ada isu ini saja akan tindas peniaga Cina jadi, ini yang merisaukan saya,” katanya.

Menurut Khairy, Keluar Sekejap berpendirian tidak bersetuju langsung dengan apa-apa tindakan yang mencemarkan Islam lebih-lebih lagi kalimah Allah tetapi kita kena menggunakan hikmah dalam kes ini untuk memastikan bahawa kita dapat menjernihkan keadaan.

“Kita serah kepada kebijaksanaan pihak berkuasa untuk meneruskan dengan apa sahaja tindakan sewajarnya

“Saya harap isu ini dapat reda,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat