Biasa Anwar cakap bumi boleh putar banyak kali, kenapa diam isu stoking?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta untuk memanfaatkan kehebatan beliau sebagai orator hebat agar menyatakan pendirian tegas berkenaan isu stoking tertera kalimah Allah.

Kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar, ini adalah waktu yang tepat untuk Anwar tampil membuktikan skill kepimpinan beliau.

“This is leadership moment.

“Bila PMX cakap, bumi boleh berputar banyak kali, gunalah skill ini,” seloroh Khairy.

Sementara itu, bekas Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan mengharapkan ucapan atau kenyataan Perdana Menteri dalam isu stoking kalimah Allah ini dapat menyatu-padukan Malaysia.

“Saya mengharapkan untuk PMX tampil sebagai pemimpin orator terhebat di Malaysia, gunakanlah kemahiran ini untuk keluarkan satu ucapan yang datang daripada hati beliau yang boleh menyatu-padukan Malaysia.

“Boleh berikan satu gambaran i’m your leader, this is leadership moment.

“Tunjuk kepada semua sayalah pemimpin yang boleh memahami bahawa kompleksnya memimpin sebuah negara majmuk seperti dalam Malaysia ini
saya juga orang Melayu Islam yang tahu tentang sensitiviti ini, tapi ini adalah cara untuk kita beri maklum balas sebagai orang Islam dan dan masyarakat majmuk.

“Itu yang saya harap daripada beliau dan saya yakin belum lagi terlambat,” kata Shahril.

Tambah Khairy pula, Anwar boleh memanfaatkan nasihat Shahril ini untuk ucapan hari raya akan datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat