KitKat® bekerjasama dengan EPIC Homes untuk naik taraf kehidupan masyarakat Orang Asli 

- Advertisement -

CYBERJAYA: Sempena bulan Ramadan tahun ini, Nestlé KitKat® berkongsi rezeki dan membawa kesan positif kepada masyarakat di Kampung Orang Asli Sungai Songkok dan Kampung Orang Asli Sungai Kelubi, Selangor menerusi kempen KitKat® Rezeki Dikongsi Bersama.

Menurut Pengarah Eksekutif, Hal Ehwal Korporat Nestlé (Malaysia) Berhad, Dato’ Adnan Pawanteh, inisiatif ini menggalakkan penglibatan sosial dan memberikan kesan bermakna kepada golongan yang memerlukan. 

katanya lagi, sukarelawan Nestlé Cares turut bersedia untuk menghulurkan bantuan serta menunaikan komitmen bersama yang mencetuskan perubahan positif dalam masyarakat, dan beliau juga meluahkan penghargaan atas kerjasama dengan Epic Homes.

Jelasnya, dengan kerjasama EPIC Homes, KitKat® bertekad untuk menaik taraf kehidupan masyarakat Orang Asli melalui peruntukan dana berjumlah RM172,000 bagi memenuhi keperluan penduduk-penduduk, terutamanya mereka yang berkongsi ruang kediaman yang sempit dengan beberapa keluarga yang lain. Sokongan ini menangani keperluan seperti membaiki rumah, meningkatkan kemahiran masyarakat dan membekalkan keperluan asas.

“Sumbangan KitKat® kepada EPIC Homes meliputi kerja pembaikan rumah-rumah yang berada dalam keadaan yang daif seperti penggantian struktur asas rumah di Kampung Orang Asli Sungai Songkok dan Kampung Orang Asli Sungai Kelubi, Selangor.

“Terdapat rumah yang bumbungnya sudah bocor dan ada juga yang menghadapi masalah struktur. Penduduk-penduduk Orang Asli menghadapi cabaran untuk membaiki rumah mereka kerana mengalami kesulitan kewangan dan kekurangan sumber.

“Selain bantuan kewangan, KitKat® turut menyediakan alat-alat pembaikan rumah dan melengkapkan masyarakat Orang Asli dengan kemahiran membaiki rumah, demi menjamin kemampanan komuniti jangka masa panjang,” katanya.

Menurutnya lagi, lebih daripada 300 jubin bumbung dan papan panel ECOPEAL, yang ditaja oleh Projek CAREton anjuran Nestlé Malaysia dan Tetra Pak, telah digunakan untuk menyokong kerja-kerja pembaikan, termasuk pemulihan lantai, pembinaan semula dinding dan pembaikan bumbung. Bahan-bahan mesra alam ini digunakan dalam pelbagai projek, termasuk pembinaan rumah masyarakat Orang Asli oleh NGO dan inisiatif komuniti yang lain.

Dalam pada itu, Pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Epic Homes berkata, beliau merakamkan penghargaannya atas kerjasama ini.

“Di EPIC Homes, kami berusaha merapatkan jurang antara komuniti bandar dan luar bandar dengan memupuk hubungan yang bermakna antara kedua-duanya. Semangat kerjasama dapat dijalin dengan menggalakkan sukarelawan membina rumah bersama komuniti Orang Asli.

“Hubungan ini memainkan peranan yang penting untuk transformasi jangka panjang dalam masyarakat dan memberikan sokongan yang diperlukan. Ini merupakan kali kedua EPIC Homes bekerjasama dengan Nestlé dan KitKat® – dan saya amat bersyukur atas projek bermakna ini yang dapat menjana kesan positif untuk membawa keselesaan serta harapan kepada mereka dalam kesulitan. EPIC Homes mengalu-alukan lebih banyak kerjasama seperti ini pada masa akan datang.”katanya.

Di samping itu, sebanyak 150 unit hamper Nestlé Cares, bernilai RM53,000, telah diagihkan kepada komuniti Orang Asli di dua kampung tersebut. Setiap hamper mengandungi bahan makanan asas dan produk Nestlé seperti KitKat®, MILO®, MAGGI®, NESCAFÉ, NESTUM, EVERYDAY® dan lain-lain, menekankan komitmen Nestlé untuk membekalkan khasiat pemakanan kepada individu dan keluarga yang memerlukan.

Sempena bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, KitKat® melancarkan peraduan Menang Break Raya, bermula dari 7 Mac hingga 2 Mei 2024. 

Peraduan ini memberikan peluang kepada peserta untuk memenangi hadiah sambil mencipta kenangan manis bersama insan tersayang. Dua pemenang berpeluang untuk memilih destinasi idaman termasuk Jepun, Korea Selatan, Turki, atau peluang menunaikan umrah di Mekah, Arab Saudi, bersama keluarga tersayang atau rakan-rakan yang dihargai. 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat