Terima ugutan bunuh, Akmal kekal boikot KK Mart

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh memaklumkan beliau akan membuat laporan polis petang ini susulan ugutan bunuh yang diterimanya gara-gara lantang memperjuangkan isu stoking kalimah Allah dan boikot KK Mart.

Meskipun mendakwa ugutan itu akan menembak mati Ketua Pemuda Umno satu hari nanti, Dr Akmal bertegas tidak akan berganjak walau seinci dan akan kekal menggerakkan kempen boikot KK Mart.

“Hari ini, tadi dalam perjalanan nak ke program saya dapat satu panggilan daripada hamba Allah yang menyatakan bahawa dia rasa risau dan sebagainya,saya tanya kenapa risau? Dia kata bahawa dia mendengar ada satu ugutan bunuh terhadap saya.

“Ugutan itu menyatakan jika Ketua Pemuda Umno ini terus bercakap tentang soal KK Mart ini dia pasti akan ditembak mati satu hari nanti.

“Jadi, hamba Allah ini pun menunjukkan dia kata dia betul-betul serius mengenai ugutan ini yang dai dengar ini maka dia pun dah buat report tentang apa yang dia dengar,” kongsi Akmal dalam video di Facebooknya pada Selasa.

Justeru beliau membuat keputusan itu melakukan laporan polis susulan perkara ini.

“Jadi Insya-Allah petang ini jam 5.30 petang saya akan buat satu report untuk melindungi saya dan juga keluarga saya.

“Tapi Insya-Allah jangan risau semua saya tidak akan berganjak walaupun seinci pendirian saya.

“Sebab apa saya percaya dalam Surah Muhammad Allah kata ayat 7 “kalau kamu membantu agama Allah nescaya Allah akan membantu kamu malah akan meneguhkan lagi pendirian kamu”…kita ada Allah Lillahitaala,” katanya.

Dr Akmal sebaliknya berkata, beliau menyerahkan kepada Allah dan juga pihak berkuasa untuk siasatan seterusnya.

“Jangan mengalah, kekal boikot,” seru Exco Melaka itu lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat