Imaginur rungkai misteri hipnosis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mengangkat kisah cinta dengan mengetengahkan elemen romantik sains fiksyen (sci-fi) pastinya menjadikan naskhah unik dan berbeza.

Itulah kelainan yang cuba dibawa pengarah, Nik Amir Mustapha menerusi filem terbaharunya berjudul Imaginur.

Nik Amir berkata, filem terbitan Lumatic Films itu bertemakan cinta, tetapi disulami elemen hipnosis untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik.

“Imaginur mengisahkan seorang lelaki yang mimpikan seorang gadis. Kemudian melalui proses hipnosis, dia tiba-tiba dapat berjumpa di alam realiti.

“Bolehkah kita dipukau untuk bercinta? Saya mendapat inspirasi dengan soalan itu dan berhasrat membuat satu ‘snapshot’ kehidupan orang Malaysia.

“Filem ini bertemakan cinta dan keluarga yang dilengkapi elemen hipnosis,” katanya.

Pengarah bagi filem KIL dan Terbaik Dari Langit itu berkata, idea untuk menghasilkan Imaginur timbul disebabkan dirinya cukup meminati struktur minda manusia yang kompleks.

“Sebenarnya, idea untuk menghasilkan filem ni sudah ada sejak sebelum saya mengarahkan filem pertama iaitu KIL.

“Akhirnya, saya berganding dengan Redza Minhat untuk menulis sebuah filem bertema cinta, hipnosis dan kehidupan.

“Selepas lama tidak hasilkan filem, saya rasa mahu buat kemunculan semula dengan idea asli saya sejak dahulu, maka inilah hasilnya,” katanya.

Imaginur menampilkan dua pelakon hebat iaitu Beto Kusyairy dan Diana Danielle selaku teraju utama.

 

Filem Imaginur bertemakan cinta, tetapi disulami elemen hipnosis untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik.
Filem Imaginur bertemakan cinta, tetapi disulami elemen hipnosis untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik.

 

Mengulas mengenai pemilihan Beto dan Diana, Nik Amir berkata, Nik Amir percaya dengan kemampuan daripada dua pelakon itu dalam menjayakan watak masing-masing dengan baik.

“Umum tahu Beto adalah pelakon yang mampu menjiwai apa sahaja watak. Malah, dia berhasil memberikan komitmen lebih dari 100 peratus untuk watak bagi filem ini iaitu Zuhal.

“Diana pula, saya tertarik dengan kebijaksanaannya sejak pertama kali berbincang mengenai filem ini.

“Saya fikir dia cukup sesuai untuk membawa watak Nur, seorang gadis yang penuh misteri,” katanya.

Imaginur mengisahkan kehidupan seorang lelaki muda berputar di luar kawalan, cuba mendapatkan semula fokus dengan mencari rawatan hipnosis.

Keadaan mula berubah apabila gadis daripada mimpinya muncul di dalam kehidupan sebenar. Semasa cuba untuk mengenal pasti wanita misteri itu, dia mula jatuh cinta kepadanya dan belajar mengenali dirinya sendiri.

Berkongsi mengenai cabaran dalam menghasilkan Imaginur, Nik Amir mengakui faktor pandemik dan kewangan menjadikan proses penggambaran sedikit tergendala.

“Sebagai syarikat kerdil, cabaran terbesar adalah daripada segi kewangan. Lumatic Films mengambil masa lama untuk mengumpul dana yang cukup.

“Akhirnya dengan bantuan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysa (FINAS), kami berjaya siapkan.

“Pembikinan juga tergendala sangat lama kerana pandemik COVID-19, tetapi kami gunakan masa itu untuk memperhalusi filem ini sebaiknya,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Amir memberitahu, tarikan yang bakal disajikan dalam Imaginur adalah plot yang penuh misteri dan menjadi tanda tanya.

Selain Beto dan Diana, Imaginur dibintangi Nadiya Nisaa, Datuk Afdlin Shauki, Rahim Razali dan Fatimah Abu Bakar. Imaginur akan ditayangkan di pawagam di seluruh negara mulai 23 Februari depan.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat