‘Siti Nurhaliza VS Blackpink’, penganjur konsert sedia langkah awal

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penganjur Konsert Malam Bulan Bintang tidak gentar apabila konsert yang dijadualkan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil bakal ‘bertembung’ dengan Konsert Blackpink World Tour yang jatuh pada hari sama iaitu 4 Mac di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Menurut pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, pihaknya sudah mula melakukan perbincangan dengan beberapa pihak untuk memastikan konsert mega yang menampilkan penyanyi tempatan dan antarabangsa berjalan lancar dan terkawal.

“Ketika kami mengumumkan tarikh konsert Malam Bulan Bintang yang jatuh pada tarikh dan lokasi sama dengan konsert Blackpink, kami menerima pelbagai reaksi daripada peminat Bulan Bintang, peminat penyanyi yang membuat persembahan dan peminat Blackpink.

“Mengambil kira maklum balas yang diterima kami sudah melakukan perbincangan dengan pihak Prasarana Malaysia Berhad untuk menambah tempoh operasi Transit Aliran Ringan (LRT).

“Dalam masa sama, kami juga berharap peminat yang bakal hadir untuk menggunakan pengangkutan awam sebagai alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas pada hari kejadian.

“Sebelum ini, kejadian sama pernah berlaku ketika pertembungan aksi final Piala FA di SNBJ dan konsert Kumpulan Dewa 19 yang berlangsung di Arena Axiata pada tahun lalu.

“Melihat situasi itu kami percaya semuanya dapat dikawal dengan baik. Malah kami juga sudah berurusan dengan pihak pengurusan Axiata Arena untuk menyediakan kawasan parkir berbayar untuk peminat konsert Malam Bulan Bintang,” katanya.

Azzim berkata, konsert Malam Bulan Bintang bakal membawakan muzik Islamik kontemporari yang diiringi oleh band orkestra terkemuka diketuai oleh Chaan. Antara barisan artis terkemuka tanah air dan antarabangsa yang bakal membuat persembahan ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M Nasir, Salammusik, Raihan ft Alif Satar & The Locos, Faizal Tahir, Sabyan dan Opick.

“Konsert ini menyasarkan audiens yang mempunyai gaya hidup moden dan urban, berumur sekitar 25 hingga 40 tahun. Malam Bulan Bintang akan dimeriahkan lagi dengan tempat duduk yang bersudut 360 darjah serta sistem bunyi 360 darjah.

“Ia bertujuan untuk memberikan penonton pengalaman bunyi yang berkualiti tinggi dan mengasyikkan. Sesi perkongsian Ramadan daripada penceramah undangan juga akan turut diselitkan di antara persembahan artis.

“Setiap tahun kami akan adakan sesuatu yang besar. Seperti contoh, tahun lepas kami muncul di papan iklan digital yang terpampang di persimpangan Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan ia menjadi bualan ramai.

“Tahun ini, kami mahu melakukan sesuatu yang dan berbeza. Jadi, timbul idea Malam Bulan Bintang menampilkan barisan artis popular tempatan dan antarabangsa. Jadi, untuk mengadakan konsert di Axiata Arena adalah satu cabaran yang perlu Bulan Bintang sahut,” katanya.

Tiket boleh dibeli secara online bermula dari RM49 hingga RM199.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,445FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat