Top Glove Beri Keutamaan Kepada Keselamatan, Kesejahteraan Pekerja

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Top Glove Corporation Bhd hari ini memberi jaminan kepada pihak berkepentingan untuk melihat keselamatan dan kesejahteraan para pekerja sebagai paling utama dalam rancangan pengembangan yang sedang dijalankan.

Selaku majikan pilihan kepada kira-kira 21,000 pekerja, Top Glove mengakui bahawa kejayaan yang dikecapi oleh syarikat itu adalah hasil komitmen dan usaha tenaga kerjanya, katanya sebagai memberi maklum balas kepada kenyataan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

Pada 22 Januari, Ismail Sabri berkata kerajaan menghargai inisiatif Top Glove untuk menawarkan 9,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan pada 2021, namun, mahu syarikat itu menitikberatkan aspek keselamatan dan kebajikan.

Sehubungan itu, syarikat berkenaan menganjurkan pameran kerjaya secara maya pada setiap Sabtu ketiga setiap bulan sepanjang tahun ini iaitu yang pertama pada 23 Jan lepas, manakala tarikh selanjutnya adalah 20 Feb.

Pameran kerjaya itu dijangka akan mengisi kekosongan pekerjaan dalam semua peringkat daripada jawatan eksekutif sehingga bukan eksekutif di pejabat dan kilangnya di pelbagai negeri di seluruh negara.

Ia merangkumi 4,000 pekerjaan untuk pekerja tempatan; 2,300 untuk graduan universiti dan teknikal baharu; 2,000 pelatih dan 700 kakitangan rakyat Malaysia berpengalaman dengan kelayakan tinggi.

“Syarikat ini menerima sambutan yang amat menggalakkan ketika pameran pertama untuk 2021 yang sebahagian besarnya terdiri daripada siswazah universiti, lulusan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional serta pekerja tempatan,” katanya.

Pada masa ini, Top Glove mempunyai tujuh pusat penyelidikan dan pembangunan di Malaysia yang menggunakan perkhidmatan 1,000 penyelidik terutamanya jurutera, ahli kimia dan saintis yang berkelulusan PhD, ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda.

Pada tahun lepas, syarikat itu menggajikan seramai 6,559 rakyat Malaysia termasuk 1,654 pelatih.

Bagaimanapun, katanya pada tahun ini, pelbagai faktor memainkan peranan dari segi jumlah sasaran pengambilan pekerja baharu antaranya permintaan global yang dijangka meningkat antara 15 hingga 25 peratus setahun untuk tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat