Jangan Terikut Mainan Fitnah Pihak Lawan Untuk Lemahkan Parti – UMNO Perak

- Advertisement -

CYBERJAYA – UMNO harus belajar dan muhasabah diri dari kesilapan dan kegagalan pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) yang IaIu apabila ada pemimpin terikut-ikut dan terbawa-bawa dengan permainan fitnah dan buruk sangka pihak parti lawan yg memang berhasrat untuk melemahkan dan menghancurkan parti.

Ketua Penerangan UMNO Perak, Datuk Hj Mohd Zolkafly Hj Harun berkata, UMNO merupakan sebuah parti perjuangan bertunjangkan dan berasaskan kepada agama Islam dan bangsa Melayu yang sentiasa menjaga budi pekerti dan adab susilanya.

Justeru itu, beliau menasihatkan ahli-ahli parti wajar menghormati institusi Presiden yg dipilih melalui Perhimpunan Agung.

“Memperkasakan dan memperkukuhkan UMNO mestilah menjadi keutamaan kepada semua pihak setelah gagal menerajui kerajaan didalam PRU 14.

“Desakan terbuka dari beberapa pihak tertentu agar Presiden UMNO meletakkan jawatan telah melanggar peradaban dan tidak beretika serta tidak bermaruah.

“Tindakan mendesak ini yang didorong oleh kepentingan diri, dendam dan tidak bertanggungjawab telah menyebabkan pihak lawan mengambil kesempatan untuk memecah belahkan dan membangkitkan kegelisahan dikalangan ahli-ahli parti diakar umbi yg penuh yakin UMNO mampu bangkit semula berasaskan kejayaan-kejayaan yg dicapai oleh parti UMNO dan BN di dalam beberapa siri PRK yang telah diadakan,” katanya, menerusi satu kenyataan media hari ini.

Tegasnya lagi, sewajarnya pada masa ini ahli UMNO mesti bersatu hati, bantu membantu serta memperkukuh dan perkasakan institusi Presiden utk menunjukkan kematangan serta perpaduan jitu kepada rakyat untuk kembali memberi ruang dan peluang agar kembali memimpin dan menerajui kerajaan semula didalam PRU 15.

“UMNO Perak melahirkan rasa kecewa di atas tindakan pihak yang tidak bertanggung jawab yang menaikkan kain rentang di beberapa tempat UMNO Bahagian dalam negeri Perak untuk mendesak Presiden UMNO meletakkan jawatan.

“Sesungguhnya tindakan tersebut adalah tidak beradab dan UMNO Perak menyokong penuh Tindakan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim dan Kuala Kangsar yang telah membuat laporan Polis bagi menyiasat dalang yang terbabit dengan tindakan berkenaan,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan, UMNO Perak dengan penuh keyakinan dan wala’ menyokong penuh dan sentiasa bersama-sama Presiden UMNO di dalam mengharungi cabaran dan dugaan yang memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan untuk menuju kejayaan serta kemenangan dalam menghadapi PRU-15.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat