Bomba Lupakan Peguam Adib, Beri Pingat Kepada Artis

- Advertisement -

Baru-baru ini akhbar Harian Metro telah melaporkan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengadakan Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Bomba yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Melalui artikel tersebut difahamkan anugerah ini diberikan kepada orang awam yang berjasa besar kepada JBPM.

Antara penerima anugerah “kebesaran” tersebut adalah pelakon drama Darling Ngasri. Akhbar tersebut turut melaporkan bahawa ini merupakan anugerah kedua yang diterima oleh Darling daripada JBPM, setelah pelakon tersebut menerima Pingat Jasa Bomba pada tahun 2018.

Nampaknya JBPM begitu takjub dan kagum dengan jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Darling sehingga dua kali memberikan pelakon tersebut pengiktirafan yang begitu hebat.

Persoalannya, mengapa JBPM tidak memberikan sebarang anugerah kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam mempertahankan maruah dan kehormatan anggotanya sendiri?

Dimanakah anugerah untuk insan-insan yang berjuang untuk mempertahankan Allahyarham Muhammad Adib Bin Mohd Kassim, anggota JBPM yang terbunuh ketika menjalankan tugas?

Figura-figura seperti Peguam Syazlin Mansor, Prof. Dr. Shahrom Abd Wahid (Pakar Fotensik), Prof. Amir Radzi (Pakar Fizik), Peguam Kamaruzzaman Abd Wahab, Peguam Ahmad Taufiq Baharom dan beberapa orang lagi yang bermati-matian mempertahankan maruah Allahyarham Muhammad Adib, tidak langsung dihargai oleh JBPM sendiri.

Itu belum lagi dikisahkan pengorbanan suami Syazlin Mansor, Ahmad Soffian yang sanggup berkorban meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Akhbar Menteri KPKT (YB Zuraida Kamaruddin) untuk membolehkan isterinya terus berjuang di dalam kes inkues tersebut.

Dimanakah penghargaan dan pengiktirafan untuk mereka? Atau mungkin drama-drama yang dihasilkan oleh artis-artis tertentu lebih tinggi nilainya daripada menegakkan kebenaran untuk anggota JBPM sendiri?

Malah, tidak sekali pun JBPM mengeluarkan ucapan terima kasih kepada merka yang terlibat secara langsung dalam inkues, lebih-lebih lagi para peguam dan pakar yang telah berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan reputasi mereka demi mempertahankan Allahyarham Muhammad Adib.

Saya amat berharap Datuk Seri Reezal Merican, Menteri KPKT yang baharu, untuk ambil maklum mengenai perkara ini, kerana apa yang dilakukan oleh JBPM ini mencemarkan nama baik organisasi yang begitu dekat dengan hati rakyat Malaysia.

Oleh:

Melayu Kita,
Alor Pongsu, Perak

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat