Afgan, Noryn hangatkan Kuching Jazz 2022

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kuching Jazz 2022 kembali menghangatkan peminat Borneo apabila menampilkan penyanyi Indonesia, Afgan Syah dan barisan penghibur popular selama dua hari, penghujung bulan ini.

Selepas dua tahun ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19, Kuching Jazz atau Kuching Waterfront Jazz Festival yang juga menjadi salah satu acara muzik popular di Sarawak turut menampilkan Noryn Aziz, Leon Sapphire, Ta’Dan, Ky Den dan Ushera.

Mengambil Waterfront, Grand Margherita Kuching sebagai lokasi, penganjur, Hemisphere Corporation Sdn Bhd percaya barisan pemuzik dan penghibur yang dihimpunkan selama dua malam pada 28 dan 29 Oktober ini pasti memberi kepuasan dan hadiah terbaik selepas lama berehat.

Menyifatkan festival sebagai percutian hujung minggu, alunan muzik jazz yang bakal dipersembahkan barisan penghibur popular akan menjadikan kunjungan ke Kuching tidak sia-sia.

Ketua Pegawai Eksekutif, Hemisphere Corporation, Mark Ferguson berkata, pihaknya berharap Kuching Jazz dapat sambutan hangat selepas dua tahun tidak dianjurkan.

“Kami percaya kelompok peminat jazz pastikan menanti persembahan penghibur yang diterbangkan dari beberapa negara seperti Australia, Indonesia, Singapura dan Thailand.

“Hemisphere Corporation berbangga dapat kembali menganjurkan Kuching Jazz dan barisan penghibur yang berpengaruh pada penghujung bulan ini,” katanya.

 

Kuching Jazz tidak akan lengkap tanpa kehadiran Phum Viphurit dari Thailand yang dinantikan ramai.
Kuching Jazz tidak akan lengkap tanpa kehadiran Phum Viphurit dari Thailand yang dinantikan ramai.

 

Katanya, Afgan yang memiliki profil cukup besar dalam dunia nyanyian akan bergabung dengan barisan penyanyi jazz Malaysia seperti Noryn, Leon Sapphire, Ta’Dan, Ky Den dan Ushera.

“Kuching Jazz tidak akan lengkap tanpa kehadiran Phum Viphurit dari Thailand yang dinantikan ramai.

“Begitu juga Freyja Garbett dari Australia dan penampilan Dawn Wong & The Ark Royal dari Singapura dijangka ‘membawa’ bersama peminat dari negara masing-masing untuk berhibur dalam pesta muzik jazz terbesar di Kuching ini.

“Pengunjung akan mendapatkan pengalaman berbeza dalam penganjuran festival ini termasuk persembahan dari Afgan yang tentunya berbeza dengan persembahan sebelum ini,” ujarnya.

Selain itu, Kuching Jazz turut dimeriahkan dengan jualan kraftangan dan bazar makanan. Memasuki tahun keempat penganjuran, Kuching Jazz berbeza dengan Borneo Jazz Festival yang diadakan di Miri.

Kuching Jazz pernah menyaksikan penghibur terkenal seperti Datuk Sheila Majid, Tompi, Kunto Aji, Baihana, Carmen Souza Trio, Siti Navarro, Harvey Malaihollo, Dayang Nurfaizah dan Ning Baizura.

Justeru itu, tidak ada alasan mengapa anda berfikir dua kali atau beralasan untuk hadir ke Kuching Jazz pada tahun ini.

Maklumat mengenai jualan tiket boleh diperoleh menerusi website www.kuchingjazz.com

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat