Lapan Kes Kematian Akibat Jangkitan Covid-19 Di Sabah Hari Ini – KKM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Angka kematian akibat jangkitan virus Covid-19 di negara ini terus menyaksikan peningkatan hari ini apabila lapan lagi kes kematian baharu dilaporkan dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu kesemuanya dilaporkan di Sabah sekaligus menyaksikan jumlah keseluruhan kes mati di negara ini setakat ini adalah 229 kes atau 0.86 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya, kes kematian ke-222 adalah melibatkan kes ke-12863 yang dilaporkan di Sabah seorang lelaki warga tempatan berusia 77 tahun telah dirawat di Hospital Dutchess of Kent sebelum disahkan meninggal dunia.

“Kes kematian ke-223 pula adalah kes ke-15329 iaitu seorang lelaki warga tempatan berumur 59 tahun yang dirawat di Hospital Queen Elizaberth sebelum meninggal dunia.

“Manakala kes kematian ke-224 adalah kes ke-14,023 iaitu membabitkan pesakit wanita warga emas berusia 70 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis telah meninggal dunia di Hospital Lahad Datu.

“Kes kematian ke-225 pula merupakan kes ke-22032 iaitu seorang lelaki berusia 58 tahun mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia telah meninggal dunia selepas dirawat di Hospital Queen Elizaberth,” katanya dalam perkembangan terbaharu kes Covid-19 serta kematian menerusi kenyataan media di Putrajaya hari ini.

Tambah beliau, kes kematian ke- 226 pula menyaksikan kes ke-24224 iaitu seorang pemuda berusia 34 tahun yang mempunyai masalah obesiti dan sindrom apnea tidur obstruktif telah menerima rawatan Covid-19 di Hospital Tawau sebelum disahkan meninggal dunia.

Justeru katanya, kes kematian ke-227 pula membabitkan kes ke-26273 iaitu wanita berusia 74 tahun yang mempunyai penyakit kronik darah tinggi dan tibi paru-paru menerima rawatan Covid-19 di Hospital Tawau sebelum meninggal dilaporkan meninggal dunia.

“Malah kematian ke-228 adalah kes ke-26274 membabitkan pesakit lelaki berusia 68 tahun yang mempunyai sejarah penyakiit darah tinggi, dislipidemia dan gout telah menerima rawatan Covid-19 di Hospital Dutchess of Kent dan telah disahkan meninggal dunia.

“Akhirnya kematian ke-229 adalah merupakan kes ke-26275 iaitu seorang warga emas wanita berusia 80 tahun yang dirawat Covid-19 sebelum meninggal dunia di Hospital Dutchess of Kent,” katanya. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat