Saya Sudah Berjanji dan Saya Mesti Tunaikan – Khabib

- Advertisement -

ABU DHABI – Dalam keadaan penuh emosi, Khabib Nurmagomedov mengumumkan persaraannya dan menangis sejurus menumpaskan petarung Amerika Syarikat, Justin Gaethje untuk mengekalkan kejuraan lightweight UFC pagi tadi.

Dalam acara utama UFC 254 di Abu Dhabi, bintang seni bela diri campuran (MMA) sensasi Rusia itu menumpaskan lawannya menerusi kuncian triangle choke pada minit 1:34 pusingan kedua.

Pusingan pertama menyaksikan ketangkasan Khabib sukar untuk ditandingi Gaethje.

Pada pusingan kedua, Khabib berjaya membuat take down, merebahkan lawannya itu ke kanvas Oktagon.

Ia disusuli kuncian triangle choke yang membuatkan Gaethje tap out dan kemudian tidak sedarkan diri seketika, sekali gus menghadiahkan kemenangan untuk Khabib.

Keputusan pertarungan penyatuan gelaran lightweight itu melebarkan rekod profesional Khabib kepada 29 kemenangan tanpa kalah.

Sejurus tamat pertarungan, Khabib, 32, yang teringatkan arwah bapanya Albdulmanap dengan penuh emosi mengumumkan hasrat bersara dari sukan MMA.

“Hari ini hari terakhir saya bertarung dalam UFC. tak mungkin saya ke sini lagi tanpa ayah.

“Bila UFC memanggil saya (untuk bertarung) dengan Justin, saya telah berbincang dengan ibu saya selama tiga hari.

“Saya telah berjanji dengan ibu, ini pertarungan terakhir saya. Jika saya sudah berjanji, saya mesti tunaikan. Ini pertarungan terakhir saya,” katanya.

Ini kali ketiga Khabib mempertahankan gelaran lightweight yang disandangnya.

Kali pertama dia mempertahankan kejuaraan tersebut ialah pada Oktober 2018 selepas menewaskan Conor McGregor dalam aksi UFC 229.

Dia kemudian menewaskan Dustin Poirier pada September tahun lalu dalam pertarungan UFC 242. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat