Kadar Jangkitan Covid Di Selangor Turun, PKPB Tunjuk Kesan Positif – KKM

Ahli BERSATU perlu berlapang dada – Ahmad Faizal

IPOH: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan semua ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Perak bertenang dan berlapang dada menerima keputusan Dewan Undangan...

I miss you guys sometimes actually, seriously kata Peja kepada Adun PH

CYBERJAYA: “Saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakan rakan seperjuangan saya dalam kerajaan Pakatan Harapan.I miss you guys sometimes actually, seriously,” kata Adun Chenderiang,...

Pemuda Pas Sindir UMNO, ucap ‘tahniah’ kepada DAP Perak dan parti sekutu

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS secara sinis menitipkan ucapan tahniah kepada DAP Perak dan parti-parti yang bekerjasama kerana kejayaan mereka menjatuhkan Menteri Besar, Datuk...

Sidang DUN ditangguh untuk urusan mengadap Sultan Perak

KUALA LUMPUR – Dewan Undangan Negeri (DUN) membuat keputusan menangguhkan sidang sehingga Rabu, 9 Disember. Hal ini dimaklumkan oleh Speaker DUN Perak, Datuk Mohamad Zahir...

Sokongan global perlu bagi tangani COVID-19

PUTRAJAYA: Usaha setiap negara menentang penularan COVID-19 ketika ini perlu mendapat sokongan dan kerjasama di peringkat global. Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata saling...

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor selama seminggu telah menunjukkan kesan positif dalam menurunkankan kadar jangkitan atau R-naught (RO) Covid-19 di negeri itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kadar jangkitan di Selangor dapat diturunkan daripada 1.98 kepada 1.48 setakat ini.

“Tetapi kami perlu melakukannya dengan lebih baik tanpa mengubah strategi PKPB yang membenarkan sektor ekonomi berfungsi. Kami perlu meningkatkannya, mengetatkan sektor sosial seperti sukan dan pendidikan.

“Jadi, jika aktiviti sektor sosial digantung sementara untuk satu atau dua minggu, maka saya fikir kami boleh menambah baik menggunakan strategi PKPB untuk menurunkan RO atau mengurangkan kes,” kata beliau dalam sidang media mengenai perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya hari ini.

Beliau kemudian menjelaskan lagi keputusan melaksanakan PKPB adalah untuk mendapatkan keseimbangan yang baik antara kesihatan dan ekonomi selain antara nyawa dan mata pencarian.

“Kami memutuskan kami mengguna pakai strategi ini dengan menggunakan PKPB dan bukannya PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). PKP mungkin berkesan dalam jangka masa pendek tetapi kesannya kepada negara semua sektor ekonomi terhenti seketika.

“Jika kami boleh mengurangkan dan mengawal pergerakan orang ramai terutamanya di Selangor, maka ia boleh dijadikan satu bentuk penyelesaian.

“Tetapi sejauh mana kejayaannya bergantung kepada sekiranya kita boleh duduk di rumah dan kita boleh putuskan rantaian jangkitan,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata KKM mampu mengesan 90 peratus daripada jangkitan di Selangor kepada klusternya menerusi aplikasi MySejahtera yang membantu mengekang kes-kes positif.

Beliau berkata aplikasi itu membolehkan KKM mengesan kes positif sama ada di Selangor ataupun di luar negeri itu.

Dr Noor Hisham berkata KKM sedang menjalankan pemantauan rapi ke atas pesakit Covid-19 yang pulih untuk melihat kesan jangka panjang, sambil memberi contoh sama ada parut di dalam paru-paru akan menyebabkan kesesakan nafas.

Mengenai sama ada pesakit Covid-19 yang pulih menghadapi komplikasi kesihatan, Dr Noor Hisham berkata kesan sampingan mungkin kurang bagi pesakit dengan jangkitan ringan dan tidak bergejala.

Dr Noor Hisham berkata Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) juga sedang membuat kajian dengan melihat kepada antibodi pesakit.

Katanya antibodi terhadap virus akan terbina selepas seseorang itu dijangkiti, namun persoalannya ialah berapa lama antibodi itu akan kekal dalam badan.

Katanya laporan awal menunjukkan selepas lapan minggu antibodi itu akan semakin berkurangan.

Ditanya mengenai usaha Kerajaan Negeri Selangor yang melaksanakan saringan, Dr Noor Hisham berkata kerajaan negeri itu sepatutnya bekerjasama dengan jabatan kesihatan negeri untuk menyelaras proses saringan dan bukannya melakukannya secara bersendirian.

Beliau berkata penyelarasan dari jabatan kesihatan negeri dan ibu pejabat adalah satu pendekatan menyeluruh dalam menyelesaikan isu, cabaran dan berkongsi maklumat. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Ahli BERSATU perlu berlapang dada – Ahmad Faizal

IPOH: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan semua ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Perak bertenang dan berlapang dada menerima keputusan Dewan Undangan...

Ahmad Faizal Gagal Dapat Sokongan Majoriti Adun Perak

IPOH - Yang Di Pertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Dato' Mohammad Zahir Abdul Khalid mengumumkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal...

Menunjuk-nunjuk ada sebab – Ustaz Ebit Lew

KUALA LUMPUR: Cenderung berkongsi kisah di sebalik tabir kerja kebajikan, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew mengaku apa yang dilakukan sekadar mengajak lebih ramai...