KPM terap nilai murni, laksana modul penghayatan hadis 40 Imam Nawawi

- Advertisement -

PUTRAJAYA — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memulakan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah bertujuan memupuk semangat ihsan, kasih sayang dan memperkasakan kefahaman agama dikalangan guru dan murid beragama Islam.

KPM dalam satu kenyataan hari ini berkata pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi disasarkan kepada guru dan murid beragama Islam sahaja.

“Inisiatif ini diharapkan mampu melahirkan generasi Anak yang Baik lagi Cerdik seterusnya mengangkat Karamah Insaniah berdasarkan tiga (3) elemen utama iaitu adab, akhlak dan integriti.

“Program secara rintis pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi melibatkan guru dan murid beragama Islam di 61 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara,” katanya.

KPM sentiasa berusaha menerapkan nilai-nilai murni yang merangkumi elemen perpaduan, silang budaya, kepelbagaian agama dan saling menghormati antara kaum dalam setiap inisiatif yang dilaksanakan di institusi-institusi pendidikan bawah kelolaannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat