Terengganu akan lantik pembangkang tapi bukan kalangan Umno yang kalah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Terengganu yang sepenuhnya dikuasai Perikatan Nasional (PN) bercadang mewujudkan kumpulan ‘pembangkang’ yang bukan macam Umno di Dewan Undangan Negeri (DUN) menurut seorang Exco.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Terengganu, Razali Idris berkata parti pemerintah sedang mempertimbangkan untuk melantik empat Adun lantikan dalam kalangan profesional, golongan minoriti bukan Islam, OKU, dan NGO dari pelbagai bidang.

“Pembangkang yang kita nak wujudkan ini sudah tentu mereka yang membangkang untuk membetulkan kerajaan, bukan pembangkang yang bermatlamat macam Umno dulu di Terengganu untuk meruntuhkan kerajaan,” lapor FMT pada Jumaat.

Perkembangan ini selepas PRU15 peringkat DUN Terengganu menyaksikan PN menawan semua 32 kerusi DUN.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sebelum ini berkata undang-undang tubuh kerajaan Terengganu membolehkan kerajaan negeri melantik Adun sekiranya ada kelompok tertentu tidak ada perwakilan.

Razali berkata pelantikan Adun lantikan itu sudah dibincangkan namun masih lagi dalam penelitian.

“Keputusan akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

Ditanya sama ada pemerintah sedia melantik ahli politik parti yang tewas pada PRN lepas, Razali berkata keutamaan kepada golongan profesional yang bebas dari pengaruh politik.

“Pembangkang yang kalah itu tak perlu. Mereka kena muhasabah diri kenapa rakyat tolak mereka.

“Tak pernah ada dalam sejarah Terengganu rakyat tolak 40-0… 32 DUN, lapan Parlimen,” katanya.

Sebelum ini, bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyarankan kerajaan Terengganu melantik 10 Adun dalam kalangan NGO dan golongan minoriti yang akan berfungsi sebagai pembangkang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat