Presiden UMNO Arah Ahli Parlimen Batalkan Ordinan Darurat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,  mengeluarkan arahan kepada semua Ahli Parlimen UMNO agar menolak semua Proklomasi Darurat dan ordinan-ordinan yang telah diwartakan sepanjang darurat ini.

Dalam surat kepada Ahli Parlimen UMNO hari ini, Ahmad Zahid menegaskan  Ahli-Ahli Parlimen UMNO mesti menzahirkan pendirian parti untuk mengusulkan agar Parlimen mesti membahaskan dan membatalkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinannya.

“Ahli-ahli Parlimen UMNO mesti menzahirkan sokongan melalui undi untuk membatalkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinannya,” tegas kenyataan Zahid itu lagi.

Menurut Ahmad Zahid ketetapan ini bertujuan memenuhi dan mentaati pendirian parti sejak dari awal tidak bersetuju dan menolak Darurat sebagaimana keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 29 Oktober 2020, 25 April 2021, 16 Jun 2021 dan yang terbaru 7 Julai 2021.

Ahmad Zahid mahu Ordinan Darurat dibatalkan agar ia tidak terus berjalan selama 6 bulan sekiranya tidak dibatalkan.

Ahmad Zahid juga sekali  mendesak Ahli Parlimen UMNO memenuhi ketetapan parti pada 25 April 2021 bahawa sekiranya Darurat (Proklamasi dan Ordinan-Ordinannya) diteruskan selepas I Ogos 2021, maka “Ahli-AhIi Parlimen akan menarik sokongan dan Menteri-Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri dan Pengerusi-?engerusi GLC daripada UMNO akan meletakkan jawatan”.

Ahmad Zahid juga mengingatkan Ahli Parlimen UMNO untuk untuk patuh kepada segala ketetapan ini atau bakal dianggap melanggar Perlembagaan Parti dan Tata Etika Ahli UMNO.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat