Serap Doktor Kontrak Ke Jawatan Tetap, Ambil Kira Sumbangan Mereka Bantu Hadapi Covid – Tok Mat

- Advertisement -

SEREMBAN – Kerajaan diseru menyerap doktor kontrak kepada perjawatan tetap sebagai jalan penyelesaian mengatasi kelemahan sistem kesihatan negara ketika ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tawaran penyelesaian yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini tidak menyelesaikan tuntutan kumpulan pegawai perubatan kontrak tersebut, walapun ia dilihat sebagai langkah positif.

“Tuntutan mereka jelas, serapan ke jawatan tetap tidak berpencen, mencukupi dengan caruman untuk laluan kerjaya yang lebih menjamin.

“Penyerapan mereka ke jawatan tetap adalah penyelesaian yang Malaysia perlukan. Pandemik 18 bulan telah menonjolkan pelbagai kelemahan ketara dalam sistem kesihatan kita, Malaysia memerlukan peningkatan drastik untuk sistem kesihatannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad berkata, penyerapan doktor-doktor kontrak ke perjawatan tetap juga perlulah sebagai mengambil kira sumbangan, titik peluh dan pengorbanan doktor kontrak terutamanya sewaktu menghadapi pandemik Covid-19.

“Lakukan ia sebagai suatu pengiktirafan khas dalam sejarah perubatan negara. Untuk kohort selepas mereka, keluarkan garis panduan baharu yang lebih jelas untuk memasuki perkhidmatan kerajaan bagi memastikan tiada berlakunya lambakan pegawai perubatan.

“Tidak semua doktor dalam sistem kerajaan akan selamanya dengan kerajaan, akan ada mereka yang memilih haluan lain. Namun pengalaman mereka dalam perkhidmatan kerajaanlah yang akan memberikan mereka wibawa yang diperlukan untuk masa depan mereka, bukan ganjarannya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mohamad meminta kumpulan doktor kontrak yang merancang untuk mengadakan protes di seluruh negara esok supaya memikirkan sebaik-baiknya rancangan mereka tersebut.

“Kepada semua doktor kontrak Malaysia, saya menyeru, hartal anda adalah hak anda untuk bersuara dan menunjuk rasa. Tetapi semasa negara menghadapi krisis kesihatan ini, fikirkan sebaik-baiknya.

“Kami menghormatinya dan kami juga mengiktiraf sumbangan anda pada tanah air. Insya-Allah perjuangan anda adalah juga perjuangan kami demi Malaysia yang lebih baik,” katanya lagi.

Seramai 4,000 hingga 5,000 doktor kontrak seluruh negara dijangka menyertai protes yang dijadualkan berlangsung esok. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat