Majoriti MKT UMNO setuju tangguh pemilihan parti hingga 18 bulan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengarah pilihan raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, hampir semua ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu bersetuju menangguhkan pemilihan Umno sehingga 18 bulan kerana krisis Covid-19.

Beliau berkata, hanya dua daripada lebih 40 ahli MKT yang mengundi tidak bersetuju dengan usul penangguhan pemilihan itu.

“MKT meluluskan usul (menangguhkan pemilihan) minggu lalu,” kata Tajuddin memetik FMT.

“Hanya dua ahli MKT menolak, yang lain setuju pemilihan ditangguhkan sehingga 18 bulan,” kata Ahli Parlimen Pasir Salak itu.

Beliau berkata, tempoh penangguhan 18 bulan itu yang bermula bulan ini bermakna Umno wajib mengadakan pemilihannya sebelum penghujung tahun depan.

“Ia tidak bermakna penangguhan untuk 18 bulan. Pemilihan boleh diadakan lebih awal jika keadaan mengizinkan,” kata beliau.

Penangguhan pemilihan UMNO itu disahkan oleh Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan yang berkata, walaupun pemilihan boleh dijalankan secara maya, ia mustahil ketika ini kerana 3 juta ahli di peringkat cawangan dan bahagian di seluruh negara perlu bermesyuarat dan mendengar maklum balas akar umbi dalam proses itu.

Beliau berkata, keputusan UMNO itu sudah di maklumkan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat