Pemilihan parti Jun ini UMNO tunggu nasihat ROS, MKN – Ahmad Maslan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO akan menulis surat kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mendapatkan nasihat berkenan pemilihan parti itu yang dijadualkan berlangsung pada Jun depan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia bagi memastikan kelancaran proses pemilihan selaras peraturan dan undang-undang selain prosdur operasi standard (SOP) Covid-19.

“Mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk menghantar surat kepada Ketua Pengarah ROS dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi meminta nasihat dan garis panduan bagaimana untuk UMNO menjalankan pemilihan parti pada tahun ini selaras peraturan yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO dan SOP Covid-19.

“Ini bagi memastikan proses pemilihan parti yang bakal melibatkan mesyuarat perwakilan UMNO cawangan-cawangan termasuk sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri berjumlah 66,287 mesyuarat di semua 191 Bahagian seluruh negara melibatkan ahli seramai hampir 3.3 juta orang dapat diadakan dengan berkesan dan lancar, mengambil kira jumlah jangkitan Covid-19 yang meningkat,” kata Ahmad.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata demikian ketika sidang media sejurus selepas mesyuarat Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato Onn, di ibu negara, hari ini.

Selain itu, beliau turut memaklumkan, agenda lain MKT ialah mendesak dan mengesyorkan kepada Kerajaan agar Parlimen dan Dewan Undangan Negeri kembali bersidang selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat.

“Antara rasional utama yang dipertimbangkan termasuklah; kerajaan tidak boleh dilihat cuba memandulkan amalan demokrasi berparlimen.

”Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah medan semak dan imbang di kalangan wakil-wakil rakyat agar kerajaan tidak melakukan sebarang tindakan sesuka hati hingga membelakangkan kepentingan dan kebajikan rakyat yang hari ini berdepan dengan pelbagai kesukaran dan kesempitan melibatkan ekonomi, pengangguran, kos sara hidup rakyat dan harga barang yang meningkat.

“Mesti ada akauntabiliti terhadap segala aspek kewangan negara termasuklah perbelanjaan wang rakyat, peningkatan jumlah hutang negara yang melangkaui 60 peratus daripada KDNK (bertentangan dengan Akta Hutang Negara yang diluluskan di Parlimen), penggunaan buat kali pertama dalam sejarah Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) yang merupakan benteng terakhir negara untuk menghadapi keadaan sekiranya somber asli negara kehabisan,” ujarnya.

Selain itu kata Ahmad lagi, keyakinan dan kepercayaan pelabur terutama dari luar akan terus terhakis sekiranya amalan demokrasi berparlimen ini digantung sehingga tiada lagi aspek good governance dari segi semak dan imbang dalam kerajaan.

”SOP khas harus dibangunkan bagi membolehkan persidangan Parlimen dan DUN dilakukan sebagaimana yang diamalkan di negara-negara seluruh dunia,” kata beliau.

Dalam pada itu katanya, setelah begitu banyak laporan polis dilakukan, hal demkian MKT juga mendesak melalui Menteri-Menteri Kabinet UMNO untuk Kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat segala pendedahan kandungan buku karangan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas bertajuk My Story: Justice in the Wilderness.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat