Berani lawan Presiden? – Tajuddin Rahman

- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini langsung tidak menyentuh soal penyingkiran Datuk Seri Shahidan Kassim daripada jawatan Ketua UMNO Perlis.

Ahli MKT, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman memberitahu mesyuarat petang ini tiada seorang pun kalangan ahli MKT ‘berani’ mempersoalkan keputusan dan tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memecat Shahidan.

“Perlis? Apa masalah? Tak berbangkit tak ada seorang pun membangkitkan.

“Berani lawan Presiden? Part last tu yang sedap!

“Berani? Soal Tajuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO bagi PRU-15.

 

Semalam Zahid mengumumkan Shahidan digantikan oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis yang baharu, berkuat kuasa serta-merta.

Susulan penyingkiran itu Shahidan Kassim menggesa tindakan disiplin diambil ke atas sesiapa yang menentang keputusan parti untuk tidak bekerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beberapa jam beliau dipecat daripada jawatannya semalam.

“Siapa langgar keputusan parti iaitu “No Anwar, No DAP, No PKR”, kita dapati ada surat yang ditulis kepada Agong dan disaksikan Najib,” bidas Shahidan.

Sementara itu, Datuk Seri Bung Moktar Radin memaklumkan tiada pemecatan berlaku dalam mesyuarat MKT hari ini.

Terdahulu, Suara TV melaporkan usul mengejut dalam agenda mesyuarat MKT ialah pemecatan Tan Sri Annuar Musa.

Menurut sumber terdapat ahli MKT pro Presiden dijangka akan mengusulkan pemecatan, atau sekurang-kurangnya penggantungan, untuk Menteri Wilayah Persekutuan tersebut berikutan kelantangan beliau menyerang Presiden UMNO dan dakwaan jajaran baharu.

“Tak ada (dipecat), kita bukan parti tukang pecat,” kata Bung ketika ditemui di Menara Dato’ Onn, hari ini. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat