COVID-19: Syria Terima Hadiah Vaksin Dari China

- Advertisement -

DAMSYIK: Syria menerima bekalan kumpulan pertama vaksin COVID-19 Sinopharm yang merupakan hadiah dari kerajaan China kepada Damsyik.

Vaksin sebanyak 150,000 dos dari China itu tiba di Lapangan Terbang Damsyik yang disambut oleh Menteri Kesihatan Syria, Hassan Ghabbash dan Duta Besar China di Damsyik.

Hadiah dari China itu tiba setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menghantar lebih daripada 200,000 dos vaksin ke Syria

Syria adalah negara terakhir di Asia barat dan Afrika utara yang menerima bantuan vaksin daripada badan dunia itu.

Syria mencatatkan hampir 22,000 kes jangkitan termasuk lebih dari 1,500 kematian.

China sebelum ini memberi sokongan kepada Syria dalam menghadapi wabak itu dengan menghantar pasukan pakar perubatannya dan kini sokongan vaksin Sinopharm.

Menurut Duta Besar China Feng Biao, kumpulan kedua vaksin Sinopharm, iaitu 150,000 lagi dos vaksin, dijangka tiba ke Syria tidak lama lagi.

Di negara bergolak seperti Syria, pemerintah menguasai sekitar dua pertiga wilayah tersebut, dan selebihnya dipegang oleh pejuang pembangkang dan puak Kurdish.

Sejak perang saudara meletus, berjuta-juta orang melarikan diri dari Syria atau kehilangan tempat tinggal dengan lebih setengah juta orang terkorban.

Bekalan vaksin lain yang disediakan PBB, sekitar 53,800 dos, tiba di wilayah sempadan dengan Turki pada Rabu.

Kempen vaksinasi pertama akan bermula pada 1 Mei yang mensasarkan sekitar 4 juta orang disuntik.

Lebih 21,000 jangkitan dan 640 kematian telah dicatatkan di barat laut Syria yang dikuasai pemberontak, sementara wilayah Kurdish di timur laut mencatat 14,400 jangkitan termasuk 477 kematian.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,608FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat