MKT Bincang Pecat Annuar Musa?

- Advertisement -

CYBERJAYA – Dua agenda utama dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO petang ini ialah Pemilihan UMNO 2021 dan tarikh untuk semua wakil UMNO meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional. Namun satu usul mengejut yang dijangka dibuat ialah pemecatan Tan Sri Annuar Musa.

Menurut sumber terdapat ahli MKT pro Presiden dijangka akan mengusulkan pemecatan, atau sekurang-kurangnya penggantungan, untuk Menteri Wilayah Persekutuan tersebut berikutan kelantangan beliau menyerang Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan dakwaan jajaran baharu.

Pada bulan lalu, Setiuasaha Akhbar beliau, Tun Faisal Ismail digantung selama 6 tahun kerana mengkritik kepimpinan parti yang didakwa membawa jajaran bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi tarikh meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional sebahagian MKT dijangka bersetuju kekal dalam kerajaan sehingga Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong memperkenankan penamatan Darurat.

Manakala bagi cadangan mengadakan pemilihan UMNO selepas Pilihan Raya Umum, sebahagian besar Ahli MKT cenderung kepada tiada penangguhan.

Bagaimanapun keputusan bergantung kepada kesediaan pemimpin-pemimpin kanan parti seperti Datuk Seri Utama Mohamad Hassan dan Datuk Seri Ismail Sabri memberi isyarat sama ada mereka mahukan pemilihan atau menangguhkannya. -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat