Dr Mahathir dedah rakyat takut bantah darurat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tinjauan orang awam yang dilakukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapati rata-rata rakyat Malaysia kurang senang dengan proklamasi darurat namun tidak berani menentang kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Catatan di blognya memberitahu rakyat seolah-olah takut untuk bersuara kerana kerajaan akan mengunakan kuasa undang-undang terhadap mereka.

“Kami cuba mendapatkan pendapat orang ramai berkenaan darurat dan kebanyakan mereka berpandangan bahawa darurat tidak perlu malah mereka turut menyatakan beberapa sebab penpadat demikian.

“ Mereka jelaskan tetapi ternampak mereka dalam ketakutan. Mereka rendah suara sambil memandang sekeliling mereka. Dan mereka pun pesan jangan bagi tahu sesiapa berkenaan pendapat mereka,” catat Dr Mahathir di blognya, hari ini.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, rakyat takut memandangkan kerajaan boleh mengenakan denda sebanyak RM5 juta dan penjara 10 tahun tanpa mendapat perlindungan undang-undang terhadap sesiapa yang menentang darurat.

“ Saya cuba jelaskan kepada mereka bahawa kerajaan tidak boleh buat begitu. Tetapi mereka tidak berasa senang.

“ Disuruh tandatangan surat rayuan supaya darurat ditarik balik – mereka tolak,” ujar beliau.

Pada 12 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan supaya Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan atau satu tarikh lebih awal sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat