Email : Jangan Cipta Persepsi Negatif Sematkan Kebencian

- Advertisement -

Ada bebarapa Twitter telah memuatnaikkan poster kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan doa kesyukuran sempena 100 hari pentadbirannya di sebuah Kelab Golf. Maka berduyun-duyun nitizens memaki hamun tanpa mengetahui cerita kebenarannya.

Program itu adalah anjuran ‘Pertubuhan Anak Bera’ di perantauan sempena Mesyuarat Agung Tahunan.

Benar program itu diadakan di Kelab Golf, tetapi dibuat di sana kerana mendapat diskaun. Segala pendahaluan pembayaran telah dibuat, makan minum telah ditempah awal.
Mesyuarat itu telah dirancang sebelum musibah banjir itu telah berlaku.

May be an image of 1 person, standing and text that says "Tweet ਜਜਜਜਮ @KucingKuncitara .. Majlis Kesyukuran kat Golf Club? Wahhhh... Kesyukuran sebagai PM paling bodoh ke? Tragedi bagi Malaysia. Translate Tweet DOAKESYUKURAN 100 HARI YAB DATO SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB SEBASAI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-9 23 DISEMBER 2021 BALLROOM TROPICANA GOLF CLUB 10:59 PM Dec 23, 2021 Twitter for Android"

Yer la, sebab poster itu tak sempat tukar, jadi fikiran kita mulalah fikir bukan-bukan. Penganjur tidak sempat menukar banner tersebut. Dan majlis tu telah berjalan dengan sederhana,

Cukuplah jadi batu api, penganjur pun dah tukar tentatif program dengan melancarkan tabung bantuan mangsa banjir.

Dari rajinkan jari laju memaki hamun orang lain, elok tangan kanan tu menyumbang sedikit sebanyak kepada tabung berkenaan jika berkemampuan. Sekurang-kurangnya ada juga ganjaran kita di masa hadapan. Sekurang-kurangnya dengan sumbangan tersebut, mangsa-mangsa banjir dapat dibantu.

Dapatkan berita betul sebelum kita memaki hamun sebarang info, jangan percaya kepada orang yang suka ambil kesempatan mengeruhkan keadaan dengan menyebarkan berita yang tidak berfaedah untuk menyematkan kebencian kepada pemimpin.

Kalaulah PM itu bodoh, dia takkan sampai ke tahap macam ini untuk diangkat sebagai Perdana Menteri. Takkanlah YDP Agong bersetuju lantik Ismail Sabri jadi PM kalau Baginda tahu dia bodoh? sudah tentu tidakkan?

 

AHMAD, KUALA LUMPUR

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat