Sesi sekolah penggal 3 ditunda seminggu Januari ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sesi persekolahan penggal 3 yang dijadual bermula 2 Januari 2022 ditangguh seminggu berikutan situasi musibah banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin memberitahu sesi persekolahan bagi penggal 3 2021/2022 yang sepatutnya bermula pada 2 Januari depan ditangguhkan satu minggu.

Kata beliau, keputusan itu diambil kira susulan bencana banjir yang berlaku ketika ini telah memberi kesan kepada murid, ibu bapa, guru-guru termasuk sekolah.

“Mengambil kira situasi banjir semasa di seluruh negara yang melibatkan murid, ibu bapa dan guru-guru sama ada secara langsung atau tidak langsung, juga melibatkan sekolah-sekolah sama ada sebagai Pusat Pemindahan Sementara PPS ataupun sekolah yang terjejas teruk.

“Maka, KPM telah membuat keputusan bahawa sesi persekolahan penggal 3 2021/2022 akan ditangguhkan selama seminggu.

“Sekolah akan bermula pada 9 Januari 2022 bagi negeri kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan 10 Januari bagi negeri kumpulan B,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata KPM amat cakna dan prihatin dengan kebajikan guru-guru, murid dan ibu bapa dalam konteks situasi banjir semasa.

“Kita sedar, ini merupakan satu tempoh yang amat sukar bagi semua pihak dan kita faham mereka perlukan masa untuk kembali menyiapkan keperluan sebelum mereka dapat mulakan sesi persekolahan bagi penggal 3 2021/2022,” katanya.

Jelasnya, KPM sentiasa komited untuk mengambil berat kebajikan murid, ibu bapa dan guru-guru dalam sebarang keputusan yang dibuat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat