Kenapa Manusia Perlu Ambil Vaksin? Ini Sebabnya.

- Advertisement -

Tidak kira di Malaysia mahupun di negara luar, ancaman penyakit berjangkit memang wujud dan berisiko untuk manusia.

Lebih membimbangkan, ancaman ini bukan sahaja menyerang golongan dewasa malah bayi dan kanak-kanak juga antara yang paling berisiko.

Tapi jangan risau, penyakit berjangkit ini boleh dicegah di peringkat awal dengan adanya vaksin yang mampu memberikan imunisasi terhadap sesetengah penyakit berjangkit.

Tapi apa sebenarnya vaksin dan fungsinya kepada imunisasi badan manusia? Jom ikuti perkongsian serba sedikit perkara yang perlu anda tahu berkenaan vaksin.

Vaksin dan imunisasi

Okey sebelum kita bercakap lebih mengenai vaksin, kita perlu faham dulu apa itu imunisasi. Imunisasi ialah daya tahan badan seseorang terhadap jangkitan penyakit tertentu, manakala vaksin ialah bahan atau ubat yang digunakan untuk memastikan sistem imun atau daya tahan jangkitan dapat membina antibodi untuk mengatasi jangkitan kuman itu.

Vaksin sebenarnya terdiri daripada virus yang sudah mati atau sudah dilemahkan, yang kita panggil sebagai antigen.

Ia diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus dan antigen dalam vaksin berfungsi untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh supaya dapat melawan jangkitan sesuatu penyakit.

Jika dahulu vaksin direka untuk satu jenis penyakit tapi sekarang ni, kebanyakan vaksin dalam bentuk kombinasi; iaitu beberapa jenis vaksin digabungkan menerusi satu suntikan. Jadi, ia akan memberi perlindungan kepada beberapa penyakit dengan hanya satu suntikan sekali gus menjadikan vaksin tersebut lebih praktikal dan kurang menyakitkan.

Kenapa imunisasi perlu diberi kepada bayi baharu lahir?

Bayi tidak mempunyai daya tahan terhadap jangkitan yang kuat berbanding orang dewasa, jadi bayi lebih berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi yang serius sekiranya dijangkiti kuman.

Sebab itu, bayi perlu bantuan untuk meningkatkan imunisasi badan mereka dan pastinya vaksin diperlukan.

Di Malaysia, kerajaan mengesyorkan agar kanak-kanak diberikan vaksin untuk penyakit seperti tuberkulosis, hepatitis B, difteria, polio dan lain-lain lagi.

Tak payah susah-susah sebab kerajaan sediakan secara percuma semua vaksin ini.

Kalau guna vaksin confirm dapat cegah 100 peratus penyakit?

Sebenarnya, kewujudan vaksin bukanlah menyembuhkan atau memberikan daya tahan 100 peratus.Untuk sesetengah orang, sistem imun mereka tidak optimal dan tiada perlindungan menyeluruh jadi lebih baik ada perlindungan daripada vaksin.

Bukan ke imunisasi semulajadi tubuh badan lebih elok dari ambil vaksin?

Badan kita memang diciptakan dengan sel imun untuk melawan penyakit tapi ia tidak terbentuk secara kuat bagi melawan penyakit berbahaya secara spesifik. Contoh paling senang, COVID-19, polio dan difteria.. Untuk lawan kuman berbahaya ini, kita memerlukan sel imun atau antibodi yang spesifik.

Sel-sel imun semulajadi dalam tubuh hanya mampu melawan kuman yang biasa ditemui di persekitaran tetapi ia tidak cukup kuat lawan jangkitan penyakit seperti yang dinyatakan tadi.

Betul ke sesetengah vaksin perlu diberikan beberapa kali?

Kadang-kadang bila diberikan sekali sahaja, antibodi yang diberikan tidak cukup untuk dia bertahan lama. Pemberian ulang ini juga bertujuan merangsang tubuh kita membentuk lebih banyak antibodi supaya ia bersedia terhadap kemungkinan dijangkiti kuman tersebut pada masa hadapan.

Berapa lama tempoh perlindungan yang diperolehi dari vaksin?

Ia bergantung kepada vaksin tersebut.. Ada sesetengah vaksin boleh bertahan seumur hidup, ada yang bertahan dalam tempoh 30 tahun. Selepas itu, badan perlukan perlindungan sekali lagi bagi mendapatkan daya tahan melawan jangkitan.

“Takutlah.. Bukan ke vaksin ada kesan sampingan?”

Kesan sampingan berat daripada sesetengah vaksin jarang berlaku.Kebiasaannya, kesan sampingan adalah ringan seperti demam dan kemerah-merahan di tempat yang disuntik.

Ia akan hilang atau dapat dirawat dalam tempoh yang singkat dan tidak memberi kesan berpanjangan kerana sebelum vaksin dibangunkan ia telah dikaji dan diuji keberkesanan serta tindak balasnya.

Apa nasihat kepada golongan ‘anti-vaxx’ yang masih ‘ragu-ragu’?

Jangan terlalu musykil atau takut.. Dapatkan pengesahan doktor yang diiktiraf. Jangan mudah percaya dengan sumber tidak sah seperti laman sosial, tok nujum dan sebagainya.

Jangan ambil mudah jika anda atau orang tersayang anda mengalami demam, selesema, sakit perut mahupun batuk sebab ia mungkin petanda awal bagi penyakit berjangkit yang akan membawa kepada risiko yang lebih serius – RancakTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat