Perkhidmatan Monorel Stesen Maharajalela Tergendala, Gerabak Penumpang Terbakar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan monorel di Stesen Maharajalela tergendala pagi ini susulan kebakaran yang berlaku di bahagian hadapan monorel tersebut dan sebuah gerabak penumpang.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, seramai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Pudu digerakkan ke lokasi kejadian pada 7.27 pagi.

“Setibanya anggota di lokasi mendapati kebakaran melibatkan gerabak penumpang di Stesen Monorel Jalan Maharajalela menghala ke KL Sentral.

“Kesemua penumpang berjaya dibawa keluar oleh petugas stesen monorel secara selamat dari gerabak tersebut sebelum anggota bomba tiba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 8.56 pagi.

Punca kebakaran masih disiasat.

Sementara itu, Rapid KL menerusi laman Facebook mengumumkan, buat masa ini tiada perkhidmatan kereta api antara stesen KL Sentral dan Maharajalela.
“Penumpang dinasihat menggunakan pengangkutan alternatif.

“Pasukan teknikal kami berada di tapak kejadian menyiasat kejadian kereta api tergendala,” tambahnya.

Pihak itu turut menyediakan perkhidmatan van ulang alik percuma bagi mengangkut penumpang dari stesen KL Sentral, Tun Sambanthan dan Maharajalela.

Sumber Facebook myrapid

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat