Muhyiddin nekad tak pertahan Presiden Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Bersatu pada pemilihan parti akan datang.

Pengumuman pengunduran beliau itu bertujuan memberikan ruang kepada pemimpin pelapis Bersatu mengambil alih kepimpinan parti mengikut proses demokrasi.

“Pada hari Jumaat yang mulia dan penuh barakah ini saya mengumumkan bahawa masa untuk saya mewariskan kepimpinan parti kepada barisan pimpinan yang baru telah pun ditimbang.

“… dan untuk itu saya ingin menyatakan bahawa saya tidak akan mempertahankan jawatan Presiden dalam pemilihan parti yang akan diadakan sebelum penghujung tahun depan yang tarikhnya akan ditentukan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT),” katanya.

Meskipun pengumuman beliau itu mendapat reaksi perwakilan yang meminta Muhyiddin menarik balik keputusannya tersebut.

Beliau tetap meneruskan ucapannya dengan mengatakan bahawa “keputusan saya ini untuk berikan ruang kepada pemimpin pelapis Bersatu mengambil alih kepimpinan parti mengikut proses demokrasi”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat