KUALA LUMPUR – Ramai orang terutamanya para pemimpin Bersatu dan PAS seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Hadi Abdul Awang, tidak menjangkakan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga setahun, kata Tan Sri Lim Kit Siang.
Veteran DAP itu berkata, hari ini adalah ulang tahun pertama pentadbiran Anwar dan beliau menyatakan bahawa Perdana Menteri ke-10 itu perlu bersaing demi kehidupan politik, keutamaan yang berbeza mula muncul kelihatan.
“Tetapi apabila adanya kestabilan politik dan Anwar tidak perlu sentiasa bimbang untuk tidak ditumbangkan, jangkaan untuk dia memenuhi janji-janji pilihan rayanya mula meningkat.
“Terdapat banyak kritikan yang mengatakan Anwar belum memenuhi janji-janji pilihan rayanya.
“Tetapi saya ingin menggesa rakyat Malaysia untuk memberikan Anwar tiga ke empat tahun sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 sebelum menilai sama ada Anwar telah berjaya atau gagal untuk memenuhi janji-janji pilihan rayanya,” ujar Kit Siang.
Mengimbas kisah sebelum ini, Kit Siang memberitahu beliau pernah katakan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2019 yang Pakatan Harapan (PH) perlu serius dengan manifesto parti.
“Saya dikejutkan dengan kenyataannya yang mengatakan bahawa manifesto pilihan raya bukan kitab suci.
“Saya tidak pernah minta kepada Mahathir, yang telah menjadi Perdana Menteri buat kali kedua pada tahun 2018, untuk apa-apa bagi diri saya atau untuk sesiapa pun, dan saya terkejut apabila dia melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.
“Tetapi saya telah berjumpa dengan Mahathir sebanyak tiga kali dan pada tahun 2019, saya telah memberitahu Mahathir yang kerajaan PH perlu serius dengan janji pilihan rayanya dan saya dikejutkan dengan kenyataan Mahathir yang mengatakan janji pilihan raya ini bukanlah satu kitab suci.
“Dia bersetuju untuk membentuk sebuah jawatankuasa untuk menyemak pelaksanaan janji-janji pilihan raya, yang akhir disia-siakan selepas berlakunya konspirasi politik Langkah Sheraton yang telah menumbangkan kerajaan PH yang berusia hanya 22 bulan,” katanya.
Pada tahun itu juga Kit Siang telah katakan yang beliau bersedia untuk bertaruh dengan seorang pemimpin Umno bahawa Mahathir akan mengotakan janjinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dia tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya baharu, walau apa pun pandangannya terhadap Anwar.
“Dia mengumumkan perkara ini di mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 21 Februari 2020, di mana dia akan menyerahkan pentadbiran kepada Anwar menjelang penghujung tahun selepas persidangan APEC, yang telah dihalang dari terjadi dengan konspirasi politik Langkah Sheraton beberapa hari kemudian.
“Baru-baru ini, Mahathir telah mengesahkan pendiriannya ini dalam satu podcast dengan Khairy Jamaluddin,” katanya.