Adham Baba Gesa APEC Tumpu Usaha Kukuhkan Sistem Kesihatan Dan Rangkaian Bekalan

Penjara Sungai Udang Jadi Hospital Sementara Banduan Positif Covid-19

MELAKA - Sebuah hospital sementara akan dibuka di Penjara Sungai Udang di sini, sebagai persediaan sekiranya berlaku peningkatan kes positif koronavirus (Covid-19) dalam kalangan...

1,000 Pesakit Covid Pulih Hari Ini, 659 Kes Baru Direkodkan – KKM

PUTRAJAYA - Malaysia mencatatkan sebanyak 1,000 kes pulih sepenuhnya COVID-19 pada 31 Oktober menjadikan ia jumlah terbesar sejak pandemik ini melanda negara. Menurut Ketua Pengarah...

Muhyiddin Jangan Persoal Keputusan Agong, Kata Supol Kit Siang

KUALA LUMPUR - Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang membidas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan sebagai cuba mempersoalkan titah Yang di-Pertuan...

Ekonomi Tempatan Dapat Impak Positif Jika Rakyat Dibenar Guna KWSP – Najib

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh memilih melaksanakan pengeluaran caruman dari Akaun 1 secara one-off atau ansuran dalam tempoh tiga hingga...

PM dikecam, enggan pertimbang pengeluaran KWSP

Kuala Lumpur - Laman Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin dihujani ribuan kecaman netizen yang marah dengan keputusan Perdana Menteri enggan menimbangkan cadangan pengeluaran caruman...

CYBERJAYA: Impak pandemik Covid-19 telah menampakkan kelemahan dalam tindak balas kesihatan dunia, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dr Adham menjelaskan para anggota ekonomi juga perlu mengadaptasi inovasi kesihatan digital sebagai salah satu langkah pengurusan impak Covid-19.

Justeru beliau menggesa anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) agar memberi tumpuan kepada pengukuhan sistem kesihatan dan rangkaian bekalan dalam mendepani cabaran kesihatan global ketika ini.

“Impak kepada pandemik ini telah memberi gambaran jelas berkenaan kelemahan tindak balas kesihatan global tatkala dunia bergelut mengurangkan impak pandemik ini kepada manusia dan ekonomi.

“Kekurangan dana dan pelaburan dalam kesihatan telah memberi kesan kepada kemampuan ekonomi dalam menangani krisis kesihatan global.

“Kita perlu lihat kepada pengukuhan sistem kesihatan dan rangkaian bekalan. Ini bagi memastikan kita mampu memenuhi permintaan perkhidmatan dan bekalan kesihatan sewaktu pandemik.

“Menerusi kerjasama APEC, kita mampu untuk membangunkan strategi yang konsisten dan berselaras merentasi pelbagai sektor,” katanya.

Beliau berkarta demikian ketika berucap pada pembukaan Mesyuarat Peringkat Tinggi Kesihatan dan Ekonomi APEC Ke-10 yang berlangsung secara maya pada Rabu.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata para usahawan dan perniagaan juga perlu menilai semula serta menukar cara perniagaan untuk mengatasi masalah yang wujud susulan kekangan pergerakan orang ramai, barangan dan perkhidmatan ketika ini.

“Pertumbuhan ekonomi termasuk perdagangan antarabangsa anggota ekonomi APEC telah terjejas teruk.

“Kita menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan menguncup sekitar 3.7 peratus pada tahun ini dengan jumlah kerugian dianggarkan pada kadar AS$2.9 trilion,” ujarnya.

Justeru, beliau menegaskan pentingnya untuk anggota APEC mengukuhkan kerjasama bukan sahaja semasa pandemik COVID-19 memuncak, tetapi juga pada masa akan datang.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Yang Di-Pertuan Agong Tolak Cadangan Darurat

Kuala Lumpur – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak cadangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk...

Pentingnya Peranan Raja Lindungi Negara Dari Orang Tamak, Gila Kuasa – TMJ

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor berharap kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk menjaga kestabilan negara serta melindungi daripada ancaman orang-orang yang tamak dan menggilai kuasa...

Berita Berkaitan