MT UMNO Wajar Buat Pendirian Jelas – Zahidi

- Advertisement -

KOTA KINABALU- Majlis Tertinggi (MT) UMNO disaran membuat keputusan jelas dan realistik berhubung sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak dilihat membelakangkan kepentingan rakyat.

Gesaan itu disuarakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin bagi menyelesaikan kemelut politik ini secara tuntas dan bijaksana demi masa depan negara.

Beliau yang Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia kenyataan Presiden PKR semalam yang kononnya mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen harus diambil serius dan diuruskan mengikut lunas-lunas demokrasi negara.

“Anwar harus bertanggungjawab dalam kenyataan tersebut dan membuktikan bahawa beliau bukan sekadar sembang kosong.

“Jika terbukti bahawa kenyataan tersebut adalah tidak benar, maka kenyataan tersebut perlu dianggap melanggar Akta Komunikasi dan Multmedia 1998 mengenai berita palsu,” catat Zahidi di Facebooknya.

Ahli Parlimen Padang Besar itu juga menegasakan kenyataan Anwar semalam juga telah menjejaskan kestabilan politik dan memberi kesan kepada Bursa Malaysia.

“Dalam keadaan kita tidak boleh menafikan hak Anwar dari segi perlembagaan, hak dan kepentingan majoriti rakyat untuk melihat pemulihan ekonomi dan kestabilan politik juga perlu dijaga.

“Perkara ini juga tidak wajar dipandang ringan kerana turut melibatkan nama Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula memberitahu UMNO tidak dapat menghalang mana-mana ahli parlimennya yang ingin menyokong PKR.

Ahmad Zahid berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa ada ahli-ahli parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan mereka.

“Saya dimaklumkan ramai ahli-ahli parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Beliau dikatakan berhasrat untuk mengadap KDYMM Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan hasratnya sebagainya dimaklumi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat