Naib Presiden UMNO Nafi Beri Sokongan Terhadap Anwar

Hembus Nafas Kesan Covid-19

Singapura: Penyelidik di Singapura membangunkan ujian pernafasan bagi mengesan virus yang menyebabkan Covid-19 dalam tempoh seminit. National University of Singapore (NUS) berkata, ujian berkenaan yang...

MAHB Fail Tuntutan Caj Tertunggak Penerbangan RM78 Juta Terhadap AAX

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengambil tindakan undang-undang terhadap AirAsia X Bhd (AAX) untuk menuntut RM78.16 juta caj tertunggak penerbangan yang gagal...

Felda Berhasrat Ambil Semula 350,000 Hektar Tanah Daripada FGV

KUALA LUMPUR: Felda berhasrat mengambil semula sejumlah 350,000 hektar tanah yang dipajak kepada FGV Holdings Bhd (FGV) bagi mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat. Pengerusi, Datuk Seri...

Pele Genap Usia 80 Tahun Hari Ini

SAO PAULO: Dianggap sebagai pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman, Pele akan menyambut ulang tahunnya yang ke-80 esok. Berkurung di kediamannya di sini kerana pandemik...

Korea Selatan Teruskan Rancangan Vaksin Selesema, Walaupun 25 Mati

SEOUL: Pegawai Korea Selatan hari ini menolak untuk menggantung usaha vaksin inokulasi influenza bermusim, walaupun ada permintaan untuk menghentikannya, termasuk rayuan dari sekumpulan doktor...

Kuala Lumpur – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan dirinya pernah terlibat menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk sebuah kerajaan yang baharu.

“Saya, Mahdzir Khalid, Ahli Parlimen Padang Terap (merangkap) Naib Presiden UMNO, menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah atau terlibat menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Port Dickson, seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita dalam talian,” katanya melalui satu kenyataan ringkas kepada SuaraTV sebentar tadi

Beliau berkata demikian sebagai maklumbalas terhadap laporan yang dikeluarkan oleh sebuah portal berita.

Terdahulu portal tersebut mendakwa ahli parlimen Padang Terap itu merupakan antara salah seorang ahli parlimen UMNO yang telah menyatakan persetujuan untuk menyokong Anwar.

Selain Mahdzir turut dikatakan telah menyokong Anwar ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Portal tersebut turut mendakwa seramai 19 ahli-ahli parlimen dari UMNO telah menyatakan sokongan terhadap Anwar untuk mengantikan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Anwar, dalam satu sidang media khas pada Selasa, mendakwa beliau mempunyai majoriti yang kukuh dan meyakinkan, iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan.

Anwar mendakwa, sokongan Ahli Parlimen itu daripada pelbagai parti termasuk yang berpihak kerajaan sedia ada, namun enggan mendedahkan jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya.

Katanya, beliau sudah diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi semalam, namun ditangguhkan kerana baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). – SuaraTV

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Bubar Parlimen Disember 2020

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan pembubaran Parlimen pada Disember 2020 sekiranya Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan November ini gagal mendapat...

Mujahid Rayu UMNO Sokong Anwar

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang...

ANALISIS: Usaha Bersatu Bunuh UMNO Punca Kegawatan Politik

APA yang berlaku sepanjang minggu ini mungkin boleh menjurus kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lagi, jika pasukan beliau...

Berita Berkaitan

Saya Dah Lali Tengok Tular Senarai Kabinet Mainan Pihak Tertentu – Noh Omar

SHAH ALAM - Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menafikan senarai barisan Kabinet baharu yang tular di media sosial baru-baru ini. Menurut Noh, senarai...

Covid-19: UMNO Tangguh Mesyuarat Perwakilan Bahagian, PAU2020 – Ahmad Maslan

SHAH ALAM - Mesyuarat perwakilan bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun ini terpaksa ditangguhkan disebabkan kebimbangan penularan wabak Covid-19. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri...

Pembukaan JETCO Eratkan Hubungan Baik Malaysia-Singapura

CYBERJAYA: Kementerian Luar Negeri, mengalu-alukan usaha kerajaan negeri Johor menubuhkan 'Johor Economic, Tourism and Cultural Office - JETCO' di Singapura sebagai langkah menjaga hubungan...