RUU Membolehkan Prosiding Mahkamah Dijalankan Melalui Televisyen Secara Langsung Dibentang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tiga Rang Undang-Undang (RUU) dibentang untuk bacaan kali pertama hari ini bagi meminda akta berkaitan mahkamah yang akan membolehkan prosiding mahkamah dalam negara dijalankan melalui rangkaian video atau televisyen secara langsung atau apa jua medium komunikasi elektronik.

Ini termasuk prosiding di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi dengan meminda seksyen 3  Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk memasukkan takrif baharu ‘remote communication technology’ (teknologi komunikasi jarak jauh)  dan memasukkan seksyen baharu 15A.

Subseksyen 69(1) akta berkenaan juga dicadang dipinda untuk mengadakan peruntukan bagi penerimaan keterangan lanjutan melalui teknologi komunikasi jarak jauh.

Selain itu ia juga akan melibatkan prosiding di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret dengan meminda seksyen 2 Akta Mahkamah Rendah 1948 untuk memasukkan takrif baharu ‘remote communication technology dan memasukkan seksyen baharu 101B.

Kedua-dua pindaan Akta itu bagaimanapun tidak menjejaskan peruntukan berhubung keterangan oleh saksi kanak-kanak dengan cara rangkaian secara langsung di bawah Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 dan keterangan oleh saksi dilindungi di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Keterangan 1950.

Turut akan dipinda ialah Akta Kaedah-kaedah Mahkamah Rendah 1955 termasuk subseksyen 3(2) berhubung keanggotaan Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah iaitu di bawah pindaan yang dicadangkan keanggotaan Hakim Kanan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan digantikan dengan keanggotaan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan merupakan Ketua Jabatan dan bertanggungjawab bagi pentadbiran Badan Kehakiman di Malaysia termasuk bagi penyeliaan semua Pengarah Mahkamah Negeri.

Seksyen 4 akta berkenaan turut dicadang dipinda bagi memperuntukkan bahawa Kaedah-Kaedah Mahkamah boleh dibuat untuk mengawal selia dan menetapkan tatacara berkenaan pendengaran apa-apa perkara atau prosiding melalui teknologi komunikasi jarak jauh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan ketika membentangkan ketiga-tiga RUU iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2020;  Rang Undang-Undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2020; dan Rang Undang-Undang Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah (Pindaan) 2020, berkata bacaan kali kedua akan dibuat pada persidangan sama.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat