Azizi, Zahari tidak lafaz bai’ah sebelum jadi calon guna logo PAS dalam PRU15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim, yang juga bekas ADUN Nenggiri bersama Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik, yang mengisytiharkan sokongan mereka kepada kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak membuat lafaz bai’ah sebelum menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata kedua-duanya adalah di antara lapan calon dari Bersatu yang bertanding pada PRU di bawah tiket PAS.

Beliau berkata, mereka bagaimanapun membuat aku janji seperti yang ditetapkan Bersatu.

“Sudah menjadi tradisi PAS, mewajibkan semua calon parti membuat lafaz bai’ah, sebaik sahaja mereka dipilih mewakili parti dalam mana-mana pilihan raya.

“Pada PRU15, kesemua 51 calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya membuat lafaz bai’ah, kecuali lapan calon Bersatu termasuk Mohd Azizi dan Zahari.

“Saya diberitahu, kedua-duanya serta enam calon Bersatu yang lain mengambil aku janji mengikut kehendak parti mereka,” katanya yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan itu, lapor BH di Kelantan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Mohd Amar yang juga ADUN Panchor, berkata PAS bertanding di 51 daripada 59 kerusi DUN dan Parlimen, manakala yang selebihnya adalah Bersatu.

Media sebelum ini melaporkan, Speaker DUN Kelantan, Mohd Amar mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan pada 13 Jun menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Bersatu mengenai keahlian Mohd Azizi Abu Naim yang hilang daripada Bersatu.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 28 Jun bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat