Kapal terbesar China ‘The Monster’ ceroboh ZEE Malaysia di Sarawak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kapal terbesar Pengawal Pantai China (CCG 5901) atau gelaran The Monster menceroboh perairan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (ZEE) berhampiran Beting Raja Jarum dan Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals), semalam.

Berdasarkan muat naik akaun @MarchForward di aplikasi X, susulan kehadiran penceroboh itu, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) bertindak menghantar kapal bagi membayagi kapal CCG berkenaan.

“Laporan awal bahawa Kapal Terbesar Pengawal Pantai China iaitu CCG 5901 atau The Monster menceroboh perairan ZEE Malaysia di Beting Raja Jarum dan Beting Patinggi Ali,” katanya.

@MarchForward turut berkongsi foto kapal The Monster berkenaan.

Tiga hari lalu, Malaysia dan China bersetuju menyelesaikan pertikaian di Laut China Selatan secara aman melalui perundingan mesra dan menekankan kepentingan untuk mengekalkan keamanan, keselamatan serta kestabilan di kawasan tersebut.

Menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, kedua-dua negara menegaskan rundingan perlu dilakukan mengikut prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara umum termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 mengenai Undang-undang Laut.

“Kedua-dua pihak akan melancarkan dialog dua hala mengenai pengurusan isu maritim secepat mungkin bagi mewujudkan dialog dan kerjasama maritim.

“Kedua-dua pihak akan bekerjasama dengan negara-negara ASEAN yang lain untuk melaksanakan sepenuhnya dan secara berkesan mengenai Deklarasi Perilaku Pihak-pihak (DOC) di Laut China Selatan dan menantikan kesimpulan awal Kod Tatakelakuan (CoC) di Laut Laut China Selatan,” kata kenyataan bersama itu pada Khamis.

CoC bertujuan mewujudkan asas kerjasama demi mengekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan, menyaksikan China dan beberapa anggota ASEAN termasuk Malaysia, Indonesia dan Filipina mempunyai pertikaian wilayah dan tuntutan bertindih.

Mengulas lanjut, kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa China dan Malaysia mempunyai kepentingan bersama yang luas serta pendirian dan cadangan yang serupa dalam hal ehwal antarabangsa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat