Tun Faisal Kemuka Surat Rayuan, Anggap Lembaga Disiplin Berat Sebelah

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Purtrajaya, Datuk Tun Faisal Abd Aziz mengemukakan surat rayuan penggantungan keahlian 6 tahun oleh Majlis Tertinggi yang dihadapinya kepada Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr  Ahmad Zahid bin Hamidi.

Menurut Tun Faisal, keputusan Lembaga Disiplin UMNO ini jelas menimbulkan tanda tanya dan memberi persepsi negatif terhadap UMNO kerana beliau tidak melakukan sebarang kesalahan yang besar seperti mensabotaj parti, tidak mendedahkan rahsia parti, tidak didapati bersalah kerana politik wang dan tidak didakwa di mahkamah.

Tegasnya lagi, Tiada sebarang `penghakiman’ bertulis diberikan kepada dirinya dan pertuduhan bahawa beliau memfitnah Presiden, mengkritik Presiden secara terbuka dan memberikan gambaran negatif terhadap Lembaga Disiplin UMNO tidak dapat dibuktikan dan telah di jawab secara berfakta di dalam sesi Tribunal Lembaga Disiplin UMNO pada 1 Mac 2021.

“Saya dimaklumkan bahawa MKT HANYA MENGESAHKAN keputusan Lembaga Disiplin UMNO pada 8 Mac 2021 tanpa diberi sebarang peluang untuk meneliti hujahan pembelaan saya dan hanya bergantung kepada laporan Lembaga Disiplin yang dibacakan oleh Pengerusi Mesyuarat Pengurusan UMNO semasa mesyuarat tersebut.

“Saya mendapat makluman bahawa tiada undian dibuat dan Ahli MKT tidak diberi gambaran sebenar mengenai kes saya malah telah diberi gambaran yang salah apabila salah seorang anggota MKT menggambarkan seolah-olah ia adalah masalah dalaman bahagian Putrajaya dan dengan itu Ahli MKT memutuskan untuk tidak campur tangan dan mengambil keputusan mengesahkan keputusan Lembaga Disiplin tanpa mendapatkan maklumat yang lebih mendalam”, jelasnya melalui kenyataan media.

Dalam pada itu, surat rayuan tersebut telah diterima oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad b Maslan, di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Tun Faisal dalam kenyataan medianya juga berkata, sejak dulu keputusan Lembaga Disiplin UMNO sentiasa dipertikaikan. Pernah suatu ketika dahulu, bagi kesalahan yang sama, iaitu POLITIK WANG, hukuman berbeza telah dijatuhkan kepada individu yang berbeza. Contohnya dahulu jika seseorang ahli UMNO yang rapat dengan Presiden dan Perdana Menteri hanya diberi amaran, jika tidak ada hubungan mereka akan digantung selama 6 tahun atau dilarang bertanding dalam Pilihan Raya.

Dalam pada itu, Salinan Surat Rayuan yang dihantar kepada Presiden dan Hujah-Hujah Pembelaan beliau telah diserahkan dalam bentuk ‘hardcopy’ dan sesalinan ‘sofcopy’ akan dihantarkan kepada semua Ahli MKT melalui applikasi Whatsapp, jelasnya.

“Tiada perbuatan memfitnah, mencela dan mengkeji yang bertentangan dengan perkara 3.1.2, 3.1.4. 3.1.6 tataetika ahli umno dan tiada salah laku penerbitan dan penggunaan media massa elektronik atau internet bertentangan dengan perkara 5.3 tataetika ahli umno. tajuk akhbar “presiden sudah hilang kredibiliti” dan laporan akhbar tersebut bukan melaporkan kritikan, fitnah atau celaan sebaliknya pandangan umum dan kesimpulan terhadap presiden berikutan tindakan-tindakan beliau dan peristiwa-peristiwa yang mengambil tempat di dalam umno.

“Pihak yang membuat aduan tidak mempunyai locus standii malah mempunyai motif yang jahat atau ulterior motive dan berkepentingan diri. Proses membuat aduan juga tercemar dengan unsur-unsur tekanan, ketidak adilan, pelanggaran peraturan dan fitnah,” tegas beliau lagi.

Beliau juga menggesa Majlis Tertinggi (MT) UMNO Menarik balik pengesahan terhadap keputusan Lembaga Disiplin UMNO Malaysia yang jelas tidak bersandarkan merit dan fakta kes. Selain itu, MT perlu membatalkan hukuman penggantungan selama 6 tahun yang jelas zalim dan tidak masuk akal serta mengembalikan semula hak-hak keahlian dirinya, termasuk jawatannya sebagai Ketua UMNO Cawangan dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang dimenangi melalui proses demokrasi yang sihat dan dalam pertandingan yang adil tanpa menyalahi tata etika parti termasuk politik wang, tegasnya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat