Kerajaan Lembab Tangani Vaksin Covid-19?

- Advertisement -

Sejak kebelakangan ini timbul kritikan keras dari pelbagai pihak mengenai kegagalan kerajaan mempercepatkan proses imunisasi Covid-19. Kritikan dan tuduhan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga di negara-negara maju lain.

Cabaran utama dalam usaha memvaksinkan rakyat Malaysia dan penduduk dunia adalah bersangkutan bekalan. Bagi Malaysia ia tidak ada kena mengena dengan kewangan kerajaan mahupun kegagalan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) mengenai Vaksin COVID-19 yang diterajui oleh Yb Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Adham Baba.

JKJAV telah pun menguruskan usaha mendapatkan vaksin-vaksin yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa Kesihatan Malaysia. Sehingga Februari 2021, Malaysia telah mendapat jaminan bekalan vaksin COVID-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui Fasiliti COVAX dan pembelian awal daripada 5 pengeluar vaksin COVID-19.

Jumlah ini mencukupi untuk menjalankan proses imunisasi untuk seluruh rakyat Malaysia. Jadi dari segi usaha kerajaan mendapatkan vaksin bukan isu.

Namun masalah utama ialah bila bekalan ini akan sampai. Ini bergantung sepenuhnya kepada pengeluar. Pengeluar vaksin pula mengagih-agihkan produk kepada banyak negara mengikut keutamaan tertentu. Misalnya negara yang menyumbang berbilion ringgit untuk penyelidikan vaksin akan mendapat keutamaan. Antara negara yang menguasai pasaran vaksin ialah Amerika Syarikat, Jerman dan China.

Kedudukan kilang pengeluar vaksin juga menjadi faktor. Kesatuan Eropah dan US misalnya mempunyai kuasa untuk megehadkan pengeksportan vaksin ini bagi menjaga kepentingan mereka terlebih dahulu.

Pada November lalu, ketika kerajaan masih bergelut memujuk Ahli-Ahli Parlimen meluluskan Belanjawan 2021, 27 negara anggota Kesatuan Eropah bersama-sama dengan lima negara kaya yang lain telah membuat pra-pesanan sekitar separuh daripada jumlah dos yang akan dihasilkan tahun ini.

Kanada adalah antara negara terawal membuat tempahan awal (pre-order) pada tahun lalu, namun kini berhadapan kemelut yang sama tidak dapat vaksin yang mencukupi mengikut jadual kerana kegagalan pengeluar dan pengehadan eksport oleh negara pengeluar.

Agensi Berita BBC memberi gambaran yang agak jelas dan menyeluruh mengenai masalah pembekalan vaksin Covid-19 ini.

||Many of the findings seem to fall along predictable lines of rich v poor. The UK and the US are both well supplied with vaccines right now because they could afford to invest a lot of money into vaccine development and put themselves at the front of the queue.

Rich countries that didn’t do that, like Canada or those in the EU bloc, are a little further behind. Canada was criticised at the end of last year for buying up five times the supply it needs to cover its population, but it seems it wasn’t positioned for priority delivery.

That’s partly because the country decided to invest in vaccines from European factories, afraid that the US under Donald Trump would issue export bans. It turned out to be a bad bet. European factories are struggling with supply and recently it has been the EU, not the US, that has been threatening export bans.

“As long as the European market doesn’t have enough vaccines, I think that big imports to Canada are going to remain off the cards,” says Ms Demarais.

Most low-income countries haven’t started vaccinating yet. But some countries in the middle are doing better than expected.||

Isu Sampingan

Selain itu, vaksin yang hendak dibeli oleh kerajaan juga memerlukan kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). NPRA mengambil masa antara 60-90 hari bergantung maklumat yang dibekalkan oleh pihak pengeluar.

Misalnya sehingga hari ini NPRA belum meluluskan penggunaan vaksin Sinopharm dari China walaupun UAE komited untuk menyumbang 500 ribu dos kepada Malaysia dalam lawatan YDP Agong ke sana tahun lalu. Sinopharm juga telah digunaka di UAE, China dan beberapa negara Eropah Timur.

Namun NPRA perlu mengambil langkah berhati-hati dalam kelulusan bagi mengelak implikasi kesihatan kepada rakyat dan kesan perundangan kepada mereka. Dalam keghairahan melaksanakan proses imunisasi NPRA juga perlu meneliti kesan jangka pendek dan jangka panjang vaksin yang diambil.

Pakar teknikal di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga belum berani meletakkan vaksin Sinopharm sebagai senarai penggunaan kecemasan.

Justeru isu kelembapan memvaksin rakyat bagi pendemik Covid-19 ini bukan berkenaan sama ada kerajaan ini lembab atau pantas. Ia isu global yang turut menjejaskan negara maju.

Bagaimanapun sejak awal lagi rakyat dimaklumkan bahawa sasaran kerajaan untuk memvaksin 70-80 peratus rakyat negara ini akan dilakukan dalam tiga fasa utama iaitu:

Fasa 1 (Februari – April 2021): petugas barisan hadapan;
Fasa 2 (April – Ogos 2021):warga emas berumur 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi; dan
Fasa 3 (Mei 2021 – Februari 2022): penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Jika dilihat angka-angka yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, setiap hari jelas usaha memvaksin rakyat masih dalam sasaran. Sehingga 23 April 2021, sebanyak 1,279,737 telah menerima suntikan vaksi. Daripada jumlah itu, 495,750 individu sudah melengkapkan dua dos suntikan, mankala 783,987 individu telah menerima dos pertama.

Kesimpulan

Kita semua berada dalam ketidaktentuan. Ketidaktentuan sentiasa memimpin manusia kepada sinikal, hilang kepercayaan dan menunding jari kepada orang lain. Masalah makin berlarutan apabila kita mempunyai ahli politik yang yang bersedia mewujudkan kecemasan dan kebimbangan dalam kalangan rakyat bagi meraih populariti.

Sebenarnya tidak banyak yang boleh kita lakukan kecuali bersabar dan cuba mengurangkan risiko jangkitan dengan menjaga SOP yang dicadangkan pihak berkuasa. Memaki hamun dan menukar kerajaan tidak akan mempercepatkan usaha imunisasi ini. Malah ia mungkin akan bertambah lambat dengan pilihan raya umum dan barisan kabinet baharu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat