‘Gay is okay’, not okay – Nazir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin harus membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan pengharaman buku “Gay is Okay! A Christian Perspective’,” kata Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa itu memaklumkan, walaupun buku tersebut berkenaan golongan ‘gay’, namun ‘gay’ dan liwat adalah suatu yang tidak dapat dipisahkan.

Justeru kata Nazir, keputusan Mahkamah Tinggi itu boleh membawa kepada suatu gambaran yang berbeza dengan hasrat Parlimen di dalam penggubalan undang-undang berkenaan isu liwat.

“Jika dilihat dari sudut peruntukkan undang-undang sedia ada berkenaan aktiviti liwat adalah suatu perkara yang bertentangan dengan undang-undang dan merupakan satu kesalahan jenayah yang boleh dipertuduhkan dan dihukum oleh Mahkamah, tidak kira sama ada liwat itu dilakukan secara sukarela atau dengan paksaan.

“Hasrat Parlimen ini jelas dinyatakan didalam Seksyen 377A, 377B dan 377C Kanun Keseksaan.

“Dengan kata lain adalah ‘tidak okay’ mengadakan hubungan sejenis di negara ini,” tegas Nazir.

Walaupun negara ini menolak sebarang diskriminasi terhadap seksual sejenis, namun kita juga bukan dalam posisi menggalakkan perbuatan tidak bermoral ini,” katanya.

“Selain itu negara ini dibina atas asas agama Islam sebagai agama Persekutuan tidak seharusnya dicabar dengan penerbitan-penerbitan yang bersifat cuba menghakis keadaan tersebut.

“Pemilihan tajuk ‘Gay is Okay’ adalah satu usaha untuk menghakis pemikiran sedia ada rakyat negara bahawa gay adalah sesuatu yang salah dan tidak bermoral.

“Penulis boleh sahaja menggunakan tajuk lebih baik seperti “Gay: A Christian Perspective“ namun sudah tentu matlamat provokatif dan cita-cita beliau untuk menghalalkan kegiatan homoseksual di negara ini tidak tercapai.

“Walaupun Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noorin Badaruddin, menyatakan tiada bukti kandungan buku tersebut akan menimbulkan sebarang ketidaktenteraman awam, namun tajuk buku tersebut sahaja sudah cukup menimbulkan kegusaran rakyat.

“Malahan tajuk buku tersebut terang-terangan melanggar undang-undang larangan seks luar tabie di Malaysia,” kata Nazir.

Pada 22 Februari lalu, penerbit dan penulis buku Gay is Okay! A Christian Perspective’ berjaya membatalkan perintah Menteri Dalam Negeri yang mengharamkan buku itu dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noorin Badaruddin, dalam keputusannya membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh penulis buku terbabit, Ngeo Boon Lin dan penerbitnya, Chong Ton Sin.

Perintah larangan ke atas buku itu dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri pada 27 November 2020 mengikut Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dengan alasan kandungannya yang mungkin memudaratkan ketenteraman, moral dan kepentingan awam.
Prosiding hari ini dijalankan secara dalam talian yang turut disertai peguam Edmund Bon dan Micheal Chia mewakili pemohon, manakala Menteri Dalam Negeri serta Kerajaan Malaysia yang dinamakan sebagai responden pertama dan kedua diwakili Peguam Persekutuan, Mohammad Salehuddin Md Ali.

Noorin dalam penghakimannya, berkata mahkamah mendapati tiada bukti dan asas fakta undang-undang terhadap justifikasi menteri yang menjadi asas dalam perintah larangan itu.

Beliau berkata, mesti diingat bahawa kandungan buku berkenaan adalah berkaitan homoseksual daripada sudut perspektif agama Kristian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat