Sultan Selangor Berkenan Terima Zakat Perniagaan dan Zakat Pendapatan RM26.6 Juta

- Advertisement -

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada lapan syarikat dan zakat pendapatan daripada lima individu kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjumlah RM26.6 juta di Istana Bukit Kayangan di sini.

Pada majlis tersebut, Central Sugars Refinery Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Zuki Wan Abdullah menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM3.9 juta, bagi tahun kewangan berakhir 2021.

Sementara itu, tujuh lagi syarikat membuat pembayaran zakat untuk tahun kewangan 2020 iaitu DRB-Hicom Berhad (RM2.5 juta), SIRIM Berhad (RM2.06 juta), Padiberas Nasional Berhad (RM1.73 juta) dan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd (RM1.4 juta).

Grand Teknik Bina Sdn Bhd (RM1.37 juta), Malaysia Airports Holdings Bhd (RM1.33 juta) dan QSR Brands (M) Holdings Bhd (RM1.21 juta).

Lima individu yang menunaikan zakat pendapatan dengan jumlah keseluruhan RM11.1 juta ialah Datuk Kamarudin Meranun, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Datuk Abdullah Abdul Mannan dan Datuk Seri Mohamed Rafik Mohd Idris.

Upacara penyerahan zakat itu turut dihadiri Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat