Tanam kelapa sawit jana rezeki selepas pencen raih RM 20,000

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PENDANG – Biarpun bergelar pesara setelah berkhidmat selama 32 tahun dalam jabatan kerajaan bukan bermakna perlu berehat di rumah sahaja.

Status itu juga tidak menjadi penghalang buat Yusof Hj Awang, 59, mencari rezeki dan berbakti pada tanah sebagai pekebun sawit demi kelangsungan hidup.

Sebelum terlibat dengan penanaman sawit, Yusof mengusahakan tanaman nanas secara sampingan kini menumpukan sepenuhnya di kebun sawit miliknya sendiri.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, dengan tekad semangat waja, tanpa mahu menoleh ke belakang, pesara gigih ini terus tekad meneruskan usahanya menggunakan modal sendiri sebanyak RM10,000, membeli 200 anak pokok sawit, berharga RM21 sepokok di sebuah nusrey di sini dan merealisasikannya di Lot 5385 seluas 1.335 hektar.

“Kesabaran, kecekalan serta kerahan tenaga amat penting supaya tanaman dapat diusahakan sebaiknya,” katanya ketika ditemui Wartawan SUARA. TV di Kampung Bukit Patong, Mukim Rambai dekat sini pada Rabu.

“Pokok kelapa sawit mencecah usia lima tahun tumbuh subur, walaupun kebunnya berskala kecil namun boleh juga dituai sebanyak 4 tan, buah tandan segar (BTS) setiap bulan.

“Saya bersyukur segala pengorbanan, usaha serta penat lelah saya selama ini menggunakan tenaga kudrat turun ke kebun hari demi hari membanting tulang berbaloi akhirnya membuahkan hasil dan meraih RM 20,000 tahun lalu.

Sedikit sebanyak meringankan bebanan dan boleh menampung keperluan harian serta perbelanjaan untuk keperluan asas keluarganya. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, ”kata Yusof.

Menurutnya, dengan menggunakan kenderaan mazda fighter 4×4 terpakai yang dibelinya dari hasil jualan nanas digunakannya mengangkut BTS untuk dijual ke Kilang Sawit Junun Enterprise di sini.

Alhamdulillah, keuntungan bersih daripada hasil jualannya itu sekitar RM2,000 setiap sebulan sedikit sebanyak dapat memberikan limpahan rezeki buatnya.

Ia juga pulangan pelaburan terbaik dan menjadi pemangkin semangat buatnya menambah pendapatan tanpa terlalu bergantung harap sepenuhnya kepada wang pencen yang diterimanya setiap bulan.

“Berusaha bukanlah untuk menjadi kaya wang yang diperolehi dari rezeki yang halal boleh meningkatkan taraf hidup dan kesihatan tubuh badan.

Pohon sawit boleh mengeluarkan buah tandan yang berterusan dan dinikmati selama 20 hingga 30 tahun jika penjagaannya diuruskan dengan baik dan dua kali sebulan saya mengait dan boleh menjual hasilnya, ”katanya.

“Pruning (memangkas) dahan atau pelepah akan dilakukan enam bulan sekali supaya pembesaran tandan sawit tidak terganggu.

Buat masa ini sepohon sawitnya mengeluarkan tiga tandan, insya -Allah pada masa akan datang saya berazam melipatgandakan usaha supaya pokok sawit berkualiti dan mampu mengeluarkan hasil sekurang kurangnya lima hingga sepuluh tandan sepokok.

Bagi tujuan itu, saya mengeluarkan wang poket sendiri membeli baja, racun dan sebagainya, ”katanya lagi.

“Memang berlaku naik dan turun harganya namun sekurang-kurangnya hasilnya boleh dijual secara berterusan dan paling kurang dua kali sebulan.

Harga BTS yang dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) setakat hari ini bagi kawasan utara ialah RM730 per tan. Manakala harga minyak sawit mentah (MSM) pada 26 Disember lalu berlegar sekitar RM3,698.00 setan.

Saya yakin harganya akan melonjak tinggi dan jika jatuh harga pun tidaklah terlalu rendah sangat malah berharap kekal stabil dan meningkat pada tahun ini boleh menambah pendapatan pekebun kecil sepertinya, ”tambahnya.

“Berulas tangan dan lidah, saya berharap pihak MPOB dapat memberikan bantuan baja dan racun kepadanya bagi meningkatkan penghasilan buah tandan segar dan lebih berkualiti.

Di samping itu bantuan anak ayam kampung dan kambing untuk diternak di kawasan kebunnya bagi menjana pendapatan sampingan selain kelapa sawit.

Sejak mula menanam pokok sawit sehingga sekarang, saya tidak mendapat sebarang bantuan daripada pihak MPOB,”luahnya.

Selain mendapat kepuasan dan ketenangan, berbudi pada tanah lambat laun akan dapat hasilnya, tidak pernah merugikan mampu memberi pulangan lumayan, rajin berusaha pasti berjaya. – SUARA. TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat