Siap siaga hadapi bencana banjir tanggungjawab bersama – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya yang berada di kawasan yang terdedah kepada bencana banjir agar bersedia dan bersiap siaga di dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri itu, beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), telah memastikan persediaan awal seperti perancangan SOP menyelamat dilakukan sebaiknya dan mengharapkan kerjasama daripada semua agensi Kerajaan untuk dimobilisasikan secara berkesan dalam pelaksanaan segala langkah keselamatan.

“Saya yakin dengan koordinasi yang baik, kita dapat mengurangkan kesan atau dampak negatif dari bencana ini,” kata Zahid dalam kenyataan pada Khamis.

Tambahan itu sebagai Pengerusi Barisan Nasional pula Zahid juga telah mengarahkan seluruh jentera Barisan Nasional (BN) di peringkat Bahagian mahupun di PDM-PDM yang berada di Kemaman ketika ini untuk sama-sama berganding bahu sekiranya sebarang bencana berlaku.

“Pengalaman jentera BN yang turun membantu akar umbi sebelum ini, sekurang-kurang dapat memberi bantuan awal dalam ketidaktentuan situasi banjir ketika ini.

“Saya mengingatkan sekali lagi agar rakyat Malaysia, khususnya di Kemaman untuk terus mematuhi arahan dan petunjuk yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan. Keselamatan anda adalah keutamaan kami.

“Marilah kita berdoa agar kita dapat melalui ujian ini dengan kekuatan dan ketabahan. Saya yakin, dengan semangat kebersamaan, kita akan hadapi ujian ini dengan ketahanan dan kesabaran,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat