SPRM beku akaun Aman Palestin bernilai lebih RM15 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Sejumlah 41 akaun bank Aman Palestin dibekukan dengan jumlah keseluruhan keseluruhan RM15,868,762.00 oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

SPRM melalui kenyataan hari ini berkata, ini berhubung siasatan terhadap dakwaan syarikat pertubuhan amal berkenaan menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai sejak 17 Oktober lalu.

“Sebelum ini, SPRM turut membuat penggeledahan di premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen-dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.

“Siasatan berkenaan dijalankan bagi mendapatkan keterangan berhubung kesalahan-kesalahan mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574),” jelas SPRM.

Menurut SPRM, pihaknya turut merakam keterangan saksi dan mengenal pasti beberapa isu membabitkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat