Penjawat awam Kelantan dapat bonus RM2,000 Februari 2024

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua penjawat awam di Kelantan bakal menikmati durian runtuh apabila menerima bonus sebanyak RM2,000.

Berita baik ini selepas kerajaan negeri mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Negeri Kelantan 2024 hari ini.

Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, bantuan itu akan disalurkan pada bulan Februari tahun depan bertujuan menghargai jasa dan bakti pegawai selain kakitangan kerajaan negeri yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh berintegriti.

“Bayaran penghargaan ini akan turut diberikan kepada pegawai-pegawai lantikan politik termasuk ahli-ahli majlis, penghulu, halakat dan penyelaras teknologi komunikasi maklumat (ICT) Dewan Undangan Negeri.

“Ia turut melibatkan penyelaras pembangunan armalah, guru pondok, guru al-Quran, guru fardu ain, guru jahitan mudarribah dan dibayar dengan kadar bersesuaian,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Kelantan 2024 dengan tema Kelantan Mampan Berkat Sejahtera pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, lapor Utusan di Kota Bharu pada Khamis.

Mohd. Nasuruddin memberitahu, bayaran itu melibatkan implikasi kewangan yang dianggarkan sebanyak RM18 juta.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat