Sistem DGIM pertingkat pengurusan bencana – Armizan

- Advertisement -

PUCHONG — Dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) kini menggunakan platform Defence Geospatial Information Management (DGIM) yang lebih efektif.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, platform ini melibatkan pengintegrasian data spatial dalam aplikasi Geographic Information System (GIS) merentasi pelbagai kementerian dan agensi.

Menurutnya ia berupaya untuk mewujudkan Joint Common Operating Picture (JCOP) bagi tujuan pengurusan bencana.

“Platform DGIM mula digunakan pada tahun ini melalui pengoperasian Dashboard Bencana vang kini telah berfungsi di Bilik Operasi NDCC,
NADMA untuk dipantau 24 jam setiap hari.

“Di antara agensi yang telah berintegrasi dengan platform tersebut adalah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).

“la sedang digunakan bagi MTL 2023/24 ini,” katanya dalam satu sidang media selepas sesi libat urus bersama media dan rakan NADMA di Markas SMART hari ini.

Selain itu jelasnya platform DGIM ini mempunyai pelbagai data mengenai sesuatu kawasan dari pelbagai agensi dan telah dikongsi dalam satu pangkalan data serta boleh diakses dengan cepat dan mudah.

“Antara data-data tersebut adalah jumlah penduduk, jenis guna tanah, kawasan hot spot
banjir, lokasi projek tebatan banjir, kawasan cerun berisiko, lokasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS), jumlah kemudahan dan utiliti
awam.

“Data-data tersebut boleh menjadi rujukan bagi menguruskan bencana dengan lebih berkesan seperti meningkatkan lagi langkah-langkah kesiapsiagaan menghadapi bencana, mengatur gerak operasi tindak balas bencana, mengetahui jumlah bantuan kepada
mangsa bencana serta menjadi input bagi penyediaan laporan serta anggaran nilai kerosakan akibat bencana,” katanya.

Tambahnya, platform DGIM, NDCC juga menggunakan Disaster Information Management System (MDIMS) bagi tujuan penyediaan laporan terkini bencana di seluruh negara yang memaparkan maklumat berhubung negeri dan daerah yang terkesan akibat bencana.

Ini katanya termasuk data jumlah keluarga dan mangsa yang ditempatkan diPPS.

“Penggunaan DGIM dan MyDIMS akan melengkapkan lagi pangkalan data berpusat (centralized database) bag tujuan pengurusan bencana olen pihak NADMA melalui konsep perkongsian data terkini dari pelbagai agensi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat