MAHB Fail Tuntutan Caj Tertunggak Penerbangan RM78 Juta Terhadap AAX

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengambil tindakan undang-undang terhadap AirAsia X Bhd (AAX) untuk menuntut RM78.16 juta caj tertunggak penerbangan yang gagal dikutip syarikat penerbangan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengendali lapangan terbang itu berkata anak syarikat milik penuhnya, Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB), telah memfailkan Writ Saman dan Penyata Tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap syarikat penerbangan itu.

“Caj tertunggak penerbangan itu terdiri daripada caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan keselamatan penumpang, caj aerobridge, caj parkir pesawat, caj kaunter daftar masuk, caj pendaratan dan caj bayaran lewat,” kata MAHB dalam makluman kepada Bursa Malaysia, pada Khamis.

Sebagai sebahagian daripada tuntutan itu, MASSB juga meminta perintah bagi hak memegang harta berterusan dan berkontraknya ke atas harta pengguna AAX di KLIA dan hanya akan diunaskan apabila dijelaskan sepenuhnya oleh syarikat penerbangan itu daripada jumlah keseluruhan hutang.

Menurut MAHB, harta pengguna itu termasuk mana-mana pesawat, peralatan, aksesori, kenderaan, kelengkapan dan/atau sebarang harta lain milik dan/atau di bawah kawalan AAX atau mana-mana pengendali darat yang dilantik oleh syarikat penerbangan itu.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat