Hembus Nafas Kesan Covid-19

KWSP: Perjuangan BN berjaya -Najib Razak

KUALA LUMPUR- Perjuangan Datuk Seri Najib Tun Razak membuahkan hasil apabila kerajaan meluluskan Program i-Sinar pengeluaran wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja...

Mulut tempayan bagi gambaran UMNO tiada hala tuju

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ‘menjentik’ pemimpin di dalam parti itu yang membuat kenyataan hingga boleh mengelirukan ahli...

Buktikan suara BN kuat, luluskan pengeluaran KWSP, lanjut moratarium

KUALA LUMPUR - Menteri Kabinet dari blok Barisan Nasional (BN) harus memastikan isu moratarium automatik dan pengeluaran one off sebanyak RM10,000 daripada Akaun 1...

Anggap Malaysia negara sahabat baik, China akan beri keutamaan vaksin COVID-19 – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Malaysia telah disenaraikan sebagai negara yang akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin COVID-19 daripada China,  kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berkata...

Belanjawan Johor 2021: Pengurusan sumber air diperkasa

KUALA LUMPUR – Johor amat komited untuk menjamin kualiti air bersih demi kelangsungan hidup rakyat oleh itu, kerajaan negeri bersetuju untuk membangunkan infrastruktur pengurusan...

Singapura: Penyelidik di Singapura membangunkan ujian pernafasan bagi mengesan virus yang menyebabkan Covid-19 dalam tempoh seminit.

National University of Singapore (NUS) berkata, ujian berkenaan yang mengesan sebatian organik mudah meruap (VOC) dalam nafas individu berjaya mencapai lebih 90 peratus keputusan tepat dalam ujian klinikal yang dijalankan ke atas 180 pesakit.

Individu yang diuji hanya perlu menghembuskan nafas menggunakan penutup mulut pakai buang yang disambungkan ke alat penguji berketepatan tinggi, kata universiti berkenaan dalam kenyataan media sebagaimana dilaporkan Channel News Asia.

Nafas yang dihembuskan itu dikumpul dan dimasukkan ke dalam spektrometer untuk diukur.

Mesin yang dilengkapi perisian kemudiannya menganalisis profil VOC dan mengeluarkan keputusan dalam masa satu minit.

Teknologi berkenaan yang dibangunkan syarikat pemula niaga NUS, Breathonix menawarkan penyelesaian pantas dan selesa untuk mengenal pasti jangkitan Covid-19, kata universiti itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Breathonix, Dr Jia Zhunan berkata, VOC dihasilkan secara konsisten oleh pelbagai tindak balas biokimia dalam sel manusia.

“Penyakit yang berlainan menyebabkan perubahan spesifik pada sebatian, mengakibatkan perubahan yang dapat dikesan dalam profil nafas seseorang. Oleh itu, VOC dapat diukur sebagai penanda penyakit seperti Covid-19.

“Penutup mulut sistem ini mempunyai injap sehala dan perangkap air liur yang menghalang penyedutan dan air liur daripada memasuki mesin berkenaan,” katanya – Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dakwaan PAS Tolak Umno Tanpa Bersatu Tidak Tepat – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Dakwaan mengatakan Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai rakan sekutu tidak tepat, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk...

Covid-19: Menteri saran industri perkahwinan tukar bidang

KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang...

Syed Saddiq kenapa naik bot bendera BN?

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuktikan beliau pemimpin berjiwa besar tanpa memilih ideologi politik rakyat untuk dibantu. Dalam catatan...

Berita Berkaitan

COVID-19: Jerman sambung perintah sekatan hingga Januari

BERLIN: Jerman melanjutkan perintah sekatan bagi mengurangkan kes jangkitan COVID-19 yang sedang dikuatkuasa ketika ini hingga awal Januari tahun hadapan. Canselor Jerman, Angela Merkel, semalam...

Legenda Bola Sepak Diego Maradona Meninggal Dunia – Laporan

Legenda bola sepak, Diego Maradona dilaporkan meninggal dunia pada usia 60 tahun. Agensi berita BBC melaporkan, bekas pemain tengah dan pengurus pasukan Argentina itu mengalami...

‘Amerika sudah kembali’ – Biden

WILMINGTON: Presiden yang dipilih, Joe Biden, semalam, menyifatkan 'Amerika sudah kembali dan bersedia memimpin dunia' ketika memperkenalkan barisan pembuat dasar dan diplomat veteran yang...