Keputusan Kewangan Glomac Terjejas Teruk Akibat PKP COVID-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Glomac Berhad mencatatkan hasil berjumlah RM28.8 juta bagi suku tahun berakhir 30 April 2022, menyusut lebih 38% daripada RM46.87 juta yang dicatat tempoh sama pada tahun lalu.

Untung bersih syarikat pemaju ini juga menjunam lebih 60% kepada RM1.73 juta berbanding RM4.39 juta bagi tempoh sama.

Ia mendorong penurunan perolehan sesaham kepada 0.23 sen berbanding 0.57 sen sebelum ini.

Keputusan kewangan itu adalah ekoran persekitaran operasi yang amat sukar akibat pandemik COVID-19, kata Glomac dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia pada Rabu.

‘’Prestasi terkesan akibat pemberhentian sementara kerja-kerja pembinaan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada pertengahan tahun,’’ kata syarikat tersebut.

Walaupun begitu ujarnya, hasil bagi suku tahun diperoleh daripada fasa yang sedang dibina di Saujana Perdana, Plaza@Kelana Jaya, Saujana Rawang, Lakeside Boulevard dan 121 Residences.

‘’Lembaran imbangan Kumpulan kekal mantap, dengan kedudukan tunai RM189.9 juta setakat 31 Julai 2021.

Paras hutang bersih berada pada tahap 0.26x yang wajar manakala nilai aset bersih sesaham berada pada paras RM1.45

Sementara itu, dalam kenyataan medianya, Glomac menyatakan syarikat itu bakal melancarkan produk baharu bernilai RM282 juta pada tahun ini.

‘’Pelancaran tersebut memang tepat pada masanya memandangkan sebahagian besar daripada produk kediaman Kumpulan sudah hampir habis dijual, dan sekatan ekonomi kini sudah mula dilonggarkan.

‘’Pelancaran baharu turut membabitkan pembangunan pertama Saujana Utama 5 di Sungai Buloh, bandar kediaman baharu kami yang amat dinanti-nantikan, dengan NPK RM299 juta,’’ katanya.

Menurut Glomac lagi, pihaknya telah melancarkan secara rasmi Primrose di Saujana KLIA, Sepang pada awal September 2021.

‘’Rumah teres 2 tingkat sebanyak 123 unit dengan NPK berjumlah RM65 juta ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pembeli sejak pelancarannya.

‘’Saujana KLIA terletak berhampiran Cyberjaya, Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA, dan mempunyai NPK yang dianggarkan mencecah RM1.43 bilion.

‘’Pelancaran terdahulu terdiri terutamanya daripada rumah teres dan pejabat kedai berjumlah RM525 juta, yang semuanya telah habis dijual.

Pada suku pertama, Glomac juga telah menyerahkan kesemua 103 unit rumah teres 2 tingkat Acadian di Saujana Rawang.

Pelonggaran sekatan ekonomi dan sambungan aktiviti pembinaan akan memberikan sumbangan positif kepada prestasi kami dalam tempoh terdekat, disokong oleh jualan belum dibil Glomac yang berjumlah RM580 juta.

Kumpulan tetap berhati-hati terhadap kesan berpanjangan pandemik COVID-19 terhadap pasaran hartanah dan sentimen. Prospek jangka panjang tetap cerah.

Berlandaskan lembaran imbangan Kumpulan yang kukuh, Glomac berada pada kedudukan yang baik untuk menggiatkan lagi aktiviti pembinaan, sedia memanfaatkan pembangunan yang dirancang rapi dengan anggaran NPK mencecah RM8 bilion.

*Berita asal di DagangNews.com

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat