Perbicaraan Kes Adib Berakhir Esok – Menteri KDN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kes perbicaraan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim akan berakhir esok.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perbicaraan itu melibatkan 18 individu yang terlibat dalam rusuhan tiga tahun lalu.

“Maka, seramai 18 tertuduh telah dituduh dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan perbicaraan masih berjalan sehingga 23 September esok hari dan dua tertuduh telah dituduh dibawah Seksyen 427 iaitu khianat dan dikenakan denda RM7,000 setiap seorang.

“Polis Diraja Malaysia juga telah merujuk kepada Jabatan Peguam Negara berkenaan 12 suspek yang turut ditahan berkaitan kes ini untuk arahan selanjutnya,” katanya ketika sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Muhammad Adib meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN), sebulan selepas mengalami kecederaan ketika berada di lokasi kejadian susulan rusuhan di luar Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, di Subang Jaya, pada 27 November 2018.

– UTUSAN ONLINE

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat